Selasa, 6 Oktober 2015

PERIKSA KESILAPAN DIET ANDA..

Assalamualaikum.....

Pjah doakan anda sihat dan sentiasa di lindungi Allah....


Macamner dengan diet sihat anda?? Masih amalkan cara pemakanan lama anda?


Kesian.... Ramai sudah sedar pemakanan sihat sangat di perlukan sekarang.. Dan kesedaran untuk mengawal nafsu makan sengat memberi impak sihat kepada si pengamalnya...

 Bagi anda yang sudah mengamalkan pemakanan sihat, SYABAS pjah ucapkan..


 Ada masalah lain ke??

 Periksa KESILAPAN Diet Anda!!

========================


Kalau anda berdiet, tapi bentuk badan masih tidak berubah, makin terasa makin membesar pulak..


Jom periksa mungkin ini kesalahan yang anda lakukan!!


1. Sikap Menahan Lapar


Makan ketika anda sedang lapar amat tidak di galakkan..

Ahli gizi menyarankan supaya anda makan bila start rasa lapar..

Ini kerana, bila terlalu lapar itu boleh membuatkan anda makan lebih banyak dan melebihi batas kalori yang di perlukan..

Dalam Islam pun disuruh kita makan bila start rasa lapar. Berhenti pula sebelum kenyang, so.. Just follow that ok.


2. Makan Guna Pinggan Yang Besar


Jika anda makan di pinggan yang besar menyebabkan anda mengambil hidangan yang banyak bagi memenuhi pinggan anda.

So.. Mari bertukar kepada pinggan yang lebih kecil ya!!


3. Makan Dengan Cepat


Makan lah dengan perlahan...Ini membuat anda merasa lebih cepat kenyang.

Untuk membantu anda merasa kekenyangan, amalkan kunyahan 15-20 kali kunyahan dan berhenti seketika sebelum menyuap makanan seterusnya.


 Gagal Lagi?
================

Walaupun anda sudah amalkan diet tetapi masih gagal lagi..

Mungkin ini penyebabnya...


1. Kurang Berjalan Kaki

- Nak cepat. Ini lah puncanya anda menggunakan lif atau escalatur di tempat kerja.


Namun, cara ini boleh merosakkan diet. Lebih berjalan kaki dan menaiki tangga lebih baik dalam pembakaran kalori.


2. Amalan Mengunyah

- Tolong ketepikan makanan ringan kegemaran anda di bilik tidur, ruang tamu atau atas meja.


Snek ini boleh melambai-lambai kepada keinginan untuk anda terus makan yang boleh menambahkan jumlah kalori.


Adalah lebih baik anda gantikan dengan buah-buahan atau salad..emmmm yammm.


3. Tanpa diet di Hujung Minggu

- Anda mungkin diet ketat pada hari bekerja. Tetapi pabila di hujung minggu anda akan makan sepuasnya.


Sebenarnya, cara ini SALAH dan MESTI di tinggalkan kerana "balas dendam' dengan makan akan membuatkan diet anda sia-sia saja.


4. Kurang Tidur

- Tidur yang cukup sangat baik untuk menjaga berat badan.


Kurang tidur boleh mempengaruhi hormon penghadaman dan menghasut anda untuk makan ditengah malam.


Tidurlah 8jam sehari untuk menjaga kualiti diet anda.


5. Ketidakstabilan Hormon

- Hormon sangat memainkan peranan baik seseorang terutama wanita.


Kecelaruan hormon boleh mengganggu proses penurunan berat badan anda.


Kendalikan hormon anda dengan pengambilan suplement yang terbaik untuk menjayakan diet anda.


Mahu kurus dan sihat perlukan pengorbanan.


Pengorbanan yang kuat perlu ada sokongan dan ilmu dari Mentor yang hebat..


#NECK

#NECKBantuAndaKembaliSihatDanKurus

#JomKurusDariRumah