Khamis, 2 April 2015

BAHAYA MANISNYA GULA...

Assalamualaikum...

Pjah doakan semua sentiasa gembira dan ceria...

hari ni Pjah nak share...  

CATATAN SIHAT NAK KURUS: Dalam kemanisan itu pahitnya boleh bawa maut..

Tahukah anda, 

GULA yang sangat manis dan enak itu adalah penyebab saluran darah anda tersumbat.

Gula boleh menyebabkan darah mudah beku dan menghalang peredaran darah ke seluruh sistem badan...

Akibatnya diabetes bermaharajalela dan strok akan menyerang.


Gula juga mudah menjadi lemak jika tidak di hapuskan dengan senaman.

Faham ke faham

So...bagi penggemar gula tegar, anda perlu kurangkan pengambilan gula seharian...

Atau anda perlu bersenam 3 jam setiap hari bagi mengimbangi keperluan gula tersebut.

Boleh ke boleh

Selalunya seseorang tidak dapat mengetahui yang mereka sudah mengalami penyakit diabetes..

Seringkali kita dengar di antara sahabat kita mengadu batuk dan selsema yang lambat baik..

Luka yang mengambil masa yang panjang untuk sembuh..
Sering dan kerap di jangkiti kulat dan jangkitan kuman terutama di pundi kencing..(kencing kotor dan kerap kencing)

Gula juga pelbagai warna
Gejala diabetes juga menunjukkan kesan seperti terlalu dahaga dan kerap minum air sejuk dan tekak juga mulut berasa kering..

Tanda2 awal ini terlalu sukar untuk di kenal pasti..

Saranan saya jika anda merasa ada beberapa simptom tersebut, bersegeralah membuat pemeriksaan paras gula dalam darah..

Jangan tunggu sehingga kaki dah terasa kebas2 dan luka tak sembuh dan makin membusuk.

So... kawallah makan... tinggalkan makanan yang bergula...

Saya doakan anda sihat dan kurus.

Team Neck
Jom Kurus Dari Rumah