Rabu, 11 Mac 2015

Al Manna: Vitamin terbaik dari Syurga



Hai hai hai...

assalamualaikum semua reader pjahsecret...

Pjah doakan anda semua sentiasa ceria dan gembira bersama insan tersayang...  

Semalam pjah belek-belek majalah lama simpanan encik hubby, menghabiskan masa terluang sambil tunggu anak pjah yang sulung balik sekolah..

Terkejut gilez...

Pjah baca tentang sepohon pokok yang di beri nama POKOK ACACIA.

Pokok Acacia ini telah di jadikan sebagai pokok hiasan atau sebagai pokok teduhan dan ia juga di tanam di ladang-ladang sebagai bahan kayu api di kebanyakan kawasan di Asia Tenggara seperti di Ocenia dan di Sudan..




Gum Arabic” terhasil daripada damar atau  getah pokok Acacia.  Gum Arabic adalah composite polysaccharide dietary fiber rendah kalori semulajadi.

Gum arabic ini telah di gunakan berkurun lagi sejak zaman firaun lagi sebagai bahan merawat pesakit seperti merawat sakit gigi dan gusi, menghalang bakteria dalam gusi.



Ia juga di gunakan sebagai fiber mudah larut (prebiotik), ubat-ubatan dan penghasilan makanan.


Yang paling mengharukan Pjah adalah apabila saya mengetahui yang:


Acacia Gum = Arabic Gum = Al Manna


“Al Manna” ini telah di sebut oleh Allah di dalam Al quran sebanyak 3 kali.  

Ia adalah makanan dari syurga yang Allah telah turunkan kepada Nabi Musa AS.

وَظَللنا عليكم الغمام وانزلنا عليكم المن والسلوى  كلوا من طيبت ما رزقنكم  وما ظلمونا ولكن كانوا انفسهم يظلمون

Dan kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan kami turunkan kepada kamu “Mann” dan “Salwa” (serta kami berfirman): “Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang kami telah kurniakan kepada Kamu”.  Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka Kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka menganiaya diri mereka sendiri.
Surah al Baqarah: 57

Subhanallah...
Bagaimana allah begitu sayangkan hamba-hambaNya.. Sehingga telah menurunkan makanan syurga buat hamba-hambaNya...

Setelah di kaji beberapa perkara pjah dapati, 

Kebaikan yang terkandung di dalam Makanan “Al Manna” adalah terdapat:

Tinggi  Prebiotik semula jadi

Demulcent : Relieve imflammation dalam salur gastro (sistem pencernaan), Salur pernafasan. Mengandungi fiber yang paling senang di serap oleh tubuh badan

Terdiri bakteria baik yang di perlukan oleh usus besar (Kolon) untuk memperbaiki sistem imunisasi dan penghadaman.. 
alaa macam yakutz ada bakteria baik...bila makan boleh mengelakkan sembelit atau mudah lawas la...



Rendah kolestrol

Dapat membantu mencegah sakit jantung, menurunkan paras tekanan darah pada pesakit darah tinggi, mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).

Meningkatkan sistem imuniti tubuh
Memperbaiki tindak balas sistem imun tubuh melalui ransangan kepada sel dendritic dalam lumen usus dan penghasilan cytokine.

Melegakan sesak nafas dan batuk

Membantu penyerapan mineral yang sangat baik
 
Mengurangkan paras urea dan menambahkan nitrogen dalam najis kepada pesakit buah pinggang dan memberi penyembuhan kepada buah pinggang..


Allahu Akbar, no wonderlah Allah menyebut berulangkali Al Manna ini di dalam Al Quran pada Surah Al Baqarah, Surah Al A’raf dan Surah Toha..

Sungguh besar khasiatnya kepada kesihatan manusia...

So, apa yang buat lagi Pjah teruja adalah...

VITA C dan MEAL SHAKE yang hari-hari Pjah makan mengandungi Gum Arabic (Al Manna) ni.. Dah hampir setahun Pjah dan Keluarga mengambil VITA C dan MEAL SHAKE ni barulah Pjah tahu salah satu kandungannya adalah makanan dari Syurga Allah ini...

Subhanallah... Alhamdulillah..

Allah sangat mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..

Semoga sharing Pjah ini dapat memberi manfaat kepada sahabat semua.  Segala ilmu datangnya daripada Allah yang di pinjamkan kepada hambaNya..

Sharing is Caring, Waallahuaklam..
Pjah Jumat


* jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat untuk rakan anda yang lain di luar sana, mohon anda 'sedekah' LIKE di bawah ini. 
 
* Dan SHARE kan kepada rakan anda, Mungkin ianya bermanfaat untuk mereka juga =)

* anda juga boleh berikan KOMEN untuk sama-sama meningkatkan semangat tuk kita berubah kearah yang lebih baik... Peace ..