Selasa, 16 Disember 2014

RAHSIA DI SEBALIK HARUMNYA PUDINA


Assalamualaikum reader pjahsecret dot com...

waduhhh lama baget menyepi... maaf ya kalian... Lagi sibuk dengan pelbagai aktiviti..

Terima Kasih masih setia bersama.. Pjah doakan kita semua sentiasa di rahmati Allah dan sentiasa mendapat syafaat Rasulullah..Aamiin

Seminggu lepas pjah dan kawan baik pjah, pergi melawat beberapa insan yang banyak membantu pjah sepanjang pjah masih menuntut di uni dulu.  Perjalanan ke TTDI JAYA tak la jauh sangat tetapi terlalu banyak perubahan sehingga hampir sesat di jalan yang hampir 3 tahun kami berulang alik datang dan pergi...
Subhanallah...
Sudah lama tak pekena teh pudina suam yang memang terbaiiik.. makan ikan talapia masak sambal yang perhhhh... sedap gilerr...  ikan mayung masak asam pedas.. ayam masak merah... ikan keli masak hijau...  masakan biasa saja tetapi rasanya...memang air tangan orang kampung ala masakan mak kita... gerenti tak boleh lupa lah...

Uhuuu bukan nak cerita pasal makan, tapi nak kongsi rahsia hebatnya pudina...

Perasan tak? Daun Pudina telah di gunakan dengan meluas didalam produk kesihatan juga produk kecantikan di Seluruh Dunia... Cuma kita ni sebagai pengguna hanya tahu guna saja dan tak pernah nak kaji khasiat daun pudina ini..

Daun pudina sejenis Pokok Herba yang rahsia khasiatnya telah di ketahui umum.. boleh di jadikan bahan masakan, minuman, bahan ubatan, bahan terapi, bahan penenang dan sebagainya..

Secara Klinikal... Daun Pudina ini dapat :
- Melegakan Otot Perut ( ia mempunyai kesan penenang kesakitan )               
-  Membantu penghadaman
- Membantu melegakan kesakitan akibat Gastrik, Pedih Hulu Hati, dan cirit birit
- Meredakan Mabuk Laut / Darat       
- Melegakan kesan sampingan bagi rawatan Kemoterapi seperti muntah dan Kehilangan / Kurang Selera Makan.
-  Meransang pengeluaran Peluh ( dapat menyekat demam bagi yang di jangkiti selsema )
- Menyegarkan dan menyejukkan Badan
-  Dapat memelihara pemikiran yang jelas dan tetap Fokus

Emmmm... tak mustahilkan sekarang banyak orang menggunakan daun pudina sebagai bahan pengubatan dan bahan tambahan perasa makanan.

Pjah ada tanam Pudina di laman mini pjah tetapi pjah hanya boleh buat teh Pudina dan masukkan daun pudina ini dalam masakan... buat pizza pudina... nasi goreng pudina...spegeti cabonaraaaa... Cuma ini hanya dalam masakan... bukan boleh selesaikan masalah kesihatan...

Oleh itu buat apa pening kepala memikirkan apa lagi yang perlu kita boleh buat dengan daun Pudina ini... sekarang segalanya telah mudah.. Pilihan terbaik untuk seisi keluarga..

PEPPERMINT-GINGER PLUS

[ kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur – Daun Pudina, Halia, Adas dan Cekur Manis ]

Petua Nenek:
Pernah juga pjah guna ketika selsema rendamkan garlic dan pudina dalam air panas dan wapkan pada muka kita... inshaaAllah... keluar segala hingus dan dan baik dari selsema...