Ahad, 30 November 2014

SI KULIT KUNING

 

Assalamualaikum semua..

Semalam adalah hari rehat saya... Rehat la sangat...

Waktu libur bersama anak-anak... waktu praktis suara untuk masuk pertandingan karakoe.. hi hi hi.. kelas vokal tanpa bayaran...

Maklumlah anak baru nak membesar, terpaksalah maknya menjadi tarzan sekali sekala...

Alhamdulillah, walaupun agak letih tapi saya gembira dan sangat gembira. Allah kurniakan permata yang tinggi nilainya dan tiada bandingannya.. 

Walaupun semalam hari cuti-cuti bersama keluarga, Kedai online saya tetap di buka... dan ini bukan kedai untuk membeli barangan tetapi ia juga kedai untuk membantu ramai orang yang mungkin perlukan pertolongan...

Saya tertarik dengan masalah kesihatan yang salah seorang sahabat saya utarakan.. 

Beliau mengalami masalah kurang POTASSIUM dalam darah. dan perlukan supplement untuk membantu menstabilkan potassium dalam darah beliau.

Agak berat tetapi saya cuba untuk rungkaikan... pertama saya tanya pak Google.. 

Apakah itu potassium..

Potassium adalah mineral ketiga terbanyak dalam badan manusia. Ia sinonim dengan insurans kesihatan. Ia mengandungi kualiti untuk mengekalkan tahap kesihatan manusia yang tinggi dan kehidupan yang baik. 

Oleh itu kita perlu mengimbangi diet pemakanan kita seharian.

Potassium juga bertindak sebagai electrolit, mineral ini diperlukan untuk mengekalkan jantung, otak, buah pinggang, tisu-tisu otot dan organ-organ penting yang lain dalam badan dalam keadaan baik. 

Potassium klorida ialah kelainan yang utama mineral ini. Potassium dan sodium menjalankan beberapa fungsi badan yang agak kritikal.

Tanda-tanda kekurangan Potassium :

1. Kekurangan mineral di dalam badan adalah tidak diinginkan. Kekurangan potassium di dalam diet akan mengakibatkan tanda-tanda seperti kelesuan dan otot-otot menjadi lemah. 

2. Tanda-tanda yang lain termasuklah tindakbalas refleks yang tidak aktif (inactive reflexes), denyutan jantung luarbiasa, anemia dan pening yang teruk.

3. Kekurangan potassium juga boleh berhadapan dengan masalah tekanan darah tinggi, sakit pada usus, bengkak pada gelenjar (glands) dan kencing manis sebagai kesan serius kekurangan potassium.

Dimana kita boleh ambil Potassium ni?

Kebiasaannya, semua makanan yang seimbang mesti mengandungi kuantiti potassium yang bersesuaian seperti yang dicadangkan oleh pakar pemakanan. 

Sumber makanan penting yang kaya potassium yang boleh saya 'list'kan adalah:

- Terdapat di dalam buah-buahan citrus (buah-buahan yang menghasilkan jus yang tinggi kandungan asidnya),  jus buah-buahan segar. 
- Di dalam sayur-sayuran dan bijirin. 

- ikan salmon, susu, dan ayam dan itik

- Almonds salah satu sumber yang kaya dengan potassium. 

- Kekacang, dan  juga ubi.


Namun begitu...

Nasihat saya makan lah Si kulit Kuning ( PISANG )


KENAPA pisang?

Saya akan sambung perbincangan kita berkaitan Si Kulit Kuning ini next entry...

 Sampai kita berjumpa lagi... Daaa...
- Pjah Jumat
* jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat untuk rakan anda yang lain di luar sana, mohon anda 'sedekah' LIKE di bawah ini. 

* Dan SHARE kan kepada rakan anda, Mungkin ianya bermanfaat untuk mereka juga =)
* anda juga boleh berikan KOMEN untuk sama-sama meningkatkan semangat tuk kita berubah kearah yang lebih baik... Peace ..