Ahad, 30 November 2014

BELANJA UNTUK KAYA- Part 3


Assalamualaikum semua...

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya didunia juga di akhirat....  Sayang u all ketat-ketat...

Masih ingat sambungan tips yang Li Ka-shing berikan... saya masih berhutang dengan sahabat semua tips yang terakhir.. 

Sebelum tu kita bersantai dulu sambil memotivasikan diri kita...


Bagi yang baru bersama saya, anda boleh dapati 4 tips Li Ka-Shing dengan click KEMBALI ...

Sebenarnya kita tinggal berbaki RM500 sahaja.. So apa nak buat dengan RM500 ni..

Li Ka-Shing kata:

        5.  BELANJA UNTUK SIMPANAN.   

Simpan lah duit tersebut dalam bank atau mana-mana institisi kewangan yang bertauliah.  Anggap ia sebagai satu pelaburan dan modal untuk memulakan perniagaan kita.  

Mulakan perniagaan kecil-kecilan terlebih dahulu.  Banyak perniagaan yang terdapat di Malaysia ni.. Yang Paling PENTING Bila kita Mula dengan modal yang kecil, jika gagal bermakna kita hanya hilang modal yang kecil.. tetapi jika berjaya, jadikan ianya semangat yang lebih tinggi untuk terus berjaya.

Atau

Belajar dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting kepada setiap usahawan yang mahu berjaya.

Merenung Sabda Nabi Muhammad S.A.W,

“ Bahawa 9/10 punca rezeki itu datangnya dari perniagaan serta jual beli ”
                                                                                                                                                                                ( Hadith Riwayat Abu Hurairah )

Saya  tahu ramai yang tahu dan sudah selalu dengar hadith tersebut.. ya ya ya.. bosan dah dengar kan... 

Jangan cepat melatah sayang... isunya sekarang ramai yang tahu tetapi ramai yang tidak melakukannya.. apa sebabnya??

Adakah kita selesa dengan kehidupan kita sekarang.  Pagi-pagi pergi kerja, matahari pun belum timbul sudah keluar kerje... Manakala matahari dah tenggelam, belum sampai kerumah lagi.. 

Kesian..

Rasa selasa ke?

Ahhh Selesa lah Sangat...

Li Ka-Shing ada menasihatkan kepada semua usahawan muda perlu berjimat-cermat.  Tidak perlu perabih duit untuk membeli pakaian atau kasut mewah.  

Yang penting ialah simpan, simpan dan simpan wang kita itu.  Cari jalan terbaik untuk ganda, ganda dan gandakan wang kita itu... Bila dah kaya, suka hatilah nak beli apa saja yang kita suka, melancung kemana saja yang kita suka, buatlah apa saja yang kita suka.
 
shopping jangan tak shopping...

Bagaimana Li Ka-Shing boleh mengambil perniagaan sebagai pendapatan beliau, sedangkan kita yang sudah tahu perniagaan itu satu Sunnah Nabi tetapi tidak mempedulikannya..  

Allahu Akbar... payah sebenarnya nak ubah ‘mind set’ orang melayu..
Mari kita renung-renung, dalam-dalam, pelan-pelan,
Dengan pendapatan kita sekarang, kalu kita masih bujang mungkin boleh lah cukup makan, tak kan selamanya nak jadi bujang... mesti nak kahwin... Kalu dah kahwin... nak anak... anak makin lama makin besar...
Cukup ker dengan apa yang kita ada?
Macam mana pulak nak bantu orang lain kalau diri kita sendiri pun cukup-cukup makan sahaja.. Setiap hari Isnin dan khamis mesti Puasa... cut Kos, takut budget lari...
Emak dan Ayah kat kampung sampai lupa nak hantar duit, balik kampung jangan mimpilah... nanti budget meleset...


ADOOOOaaaai...


aPe sebenarnya yang perlu kita buat...  Kita hanya perlu 'BERUBAH'..  Tidak boleh tidak, tidak boleh tunggu.. jangan tunggu esok, tak perlu tunggu minggu depan, bulan depan, tahun depan...

Kita MESTI bertindak sekarang... SEKARANG.... saya ulangi SEKARANG !!!

.
.
.
.
Loooo ... kenapa masih termenungg...

Saya tahu apa yang bermain di kotak fikiran semua... Suatu yang paling susah orang nak buat...
.
.
.
.
.
.

susah sangat..
.
.
.
.
.
.
.

susah sangat nak BERUBAH / TO CHANGE



Betul kan...

Sampai kita berjumpa lagi... Daaa...

- Pjah Jumat


* jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat untuk rakan anda yang lain di luar sana, mohon anda 'sedekah' LIKE di bawah ini. 

* Dan SHARE kan kepada rakan anda, Mungkin ianya bermanfaat untuk mereka juga =)

* anda juga boleh berikan KOMEN untuk sama-sama meningkatkan semangat tuk kita berubah kearah yang lebih baik... Peace ..