Selasa, 25 November 2014

BELANJA UNTUK KAYA- Part 2



Jeng Jeng Jeng... Assalamualaikum sahabat semua...

hiiii tak sabar nak sambung stori pasal jutawan ternama Li Ka-Sheng...  
uhhh excited pulak saya...

Sebelum itu kita layan lagu ni dulu... lagu ni saya tujukan khas buat anda semua yang setia bersama di laman comel pjahsecret...



Alhamdulillah... bagi yang baru bersama saya dan mahu ketahui 2 tip awal sila click KEMBALI...

Seperti sebelum ini kita sudah menggunakan RM1000 iaitu separuh daripada pendapatan kita. Langkah seterusnya adalah:

  3. BELANJA UNTUK MENUNTUT ILMU. Telah terbukti orang yang pentingkan ilmu dan menggunakannya akan berjaya.  Orang yang MALAS mencari ilmu adalah orang yang LEMAH dan orang itu tak akan pergi lebih jauh berjaya.

Maka kita perlukan RM300 diperuntukkan untuk:

-  Beli buku Pengetahuan – jangan pulak dok beli bahan bacaan yang sedikit mengarut yang tidak memberi manfaat seperti novel, majalah hiburan, surat khabar dan macam-macam lagi. 

   Mungkin kita perlukan lebih kurang RM100 untuk membelibuku yang memberi inspirasi untuk memotivasikan diri. Baca sungguh-sungguh dan jangan sia-siakan duit yang kita sudah belanja itu... kutib lah ilmu semuanya..



 - Ikuti Seminar atau Kursus Keilmuan.  Terlalu banyak seminar atau kursus keusahawanan yang telah di sediakan untuk kita tingkatkan motivasi dan ilmu yang ada... 

   Contohnya kursus dan Seminar DAO, Seminar Jutawan Senyap Chef Li.. Ada yang berbayar dan ada yang Free ajer... pandai pandai lah kita mencuri peluang ini.





      4. BELANJA UNTUK MELANCONG.  Hai... asal sebut melancong jer dah buat muka cemerut... haaa dengan Rm200 sebulan kita boleh melancong kemana yang kita suka...suka tak suka tak? Cuma bukan setiap bulan kita pergi melancong...

Dengan simpanan RM200 pada setiap bulan dalam setahun kita dah boleh melancong ke negara jiran dengan kos rendah.  Syaratnya melancong dengan penuh ‘kede’ ketika melancong.   



Ini kerana bukan tujuan sebenarnya untuk bersenang senang tetapi melancong menimba ilmu. 



Bak kata pepatah ‘jauh berjalan, luas pengalaman dan pemandangan.’

Wahhh... Bestnya... cukup dulu dong.... kita rest dulu yea... badget kita masih berbaki RM500 lagi.. ianya lebih manfaat jika kita yang tahu caranya...

Sampai berjumpa lagi daaaa... click NEXT untuk tip terakhir yang paling penting...