Selasa, 25 November 2014

BELANJA UNTUK KAYA- Part 1



Assalamualaikum semua readers pjahsecret.  

Lama sungguh saya tak bersiaran di laman comel saya ini...

Bukan mahu melontar bibit-bibit alasan tetapi sebagai seorang guru yang di amanahkan memegang pucuk kepimpinan pengawas sekolah, hujung tahun inilah masa paling sibuk untuk saya menyelesaikan beberapa tugasan hakiki di sekolah. 

Isyhh... Alhamdulillah semuanya sudah saya bereskan sebelum berakhirnya tempoh persekolahan 2014...

Pejam celik ropanya kita dah di penghujung tahun 2014.. Cepat sungguh masa berlalu... kekadang tu sampai apa yang kita impikan belum tercapai dah mula membina azam tahun baru.. uhhh nampaknya azam baru tahun 2015 saya still sama macam 2014 la... hokhokhok

Dok cerita pasal azam teringat seloroh kawan sejawat saya... Pjah, mu kene belanja aku selalu baru mu boleh jadi kaya...

Walaupun ianya suatu gurauan tetapi ianya menjadi suatu tanda tanya dalam kepala hotak saya ni.. dok lama bersarang dalam kotak pemikiran saya ni... saya pun buat sedikit reseach, ala ala macam siswazah la... hi hi hi perasan kan... 

Memang BENAR apa yang sahabat saya katakan.. 


saya ada terbaca kisah Li Ka-Shing... Seorang yang simple dan Kuat Semangat. Seorang jutawan yang bermula daripada seorang pekerja biasa dan menjadi seorang rakan kongsi kepada boss tempat dia bekerja.  Dengan hanya seorang yang sangat hamble menjadi seorang yang sangat ingredeble...
  
Ada 5 petua yang Beliau kongsikan untuk menjadi Usahawan.. terutama seperti kita yang baru nak berjinak-jinak nak jadi usahawan.  

JANGAN... JANGAN BERHENTI BERKERJA... 

Itu saya kata bukan Li Ka-Shing...ha ha ha.. jangan marah.. gurau jer..

Menurut Li Ka-Shing, kene ikut petua yang saya beri ini kalau nak berjaya jadi seperti saya...

Gunakan sepenuh gaji atau pendapatan kita dan pecahkan semuanya kepada 5 bahagian.  Tidak kira lah kita masih makan gaji atau mula nak berniaga.

Katakan pendapatan kita rm2000 sebulan sekarang... so, apa yang perlu kita lakukan??


  1.    BELANJA UNTUK SARA HIDUP DIRI

- Bersederhanalah dalam bebrbelanja untuk sara hidup seharian. Contohnya hanya meMaksimumkan RM600 sebulan sudah mencukupi.  Hanya bajet RM20 sehari untuk perbelanjaan seharian.

- Makan pagi cukuplah sekadar roti telur dan air kosong.. 

   makan tengahari pula boleh ambil nasi dan lauk yang sederhana serta sepotong buah dan air kosong, 

    manakala makan malam lebih jimat jika kita masak sendiri dengan cara yang mudah dan simple serta air kosong...

-  Amalan minum air kosong lebih 2 liter sangat baik untuk kesihatan..

-  Dan sebelum tidur segelas susu...

*pssst... boleh jadi slim sikit kalu gini...hok hok hok

2. BELANJA UNTUK BINA RANGKAIAN KAWAN


- Zaman Teknologi IT kini, segala keperluan boleh didapati di hujung jari... Jelas nya untuk membina rangkaian yang besar kita perlukan smart phone.  Jadi jangan kedekut untuk peruntukkan lebih kurang rm 100 sebulan untuk bil telefon kita.  

-  Dan peruntukkan rm300 untuk belanja kawan kita makan.. Kita boleh agihkan kos rm100 untuk belanja makan seorang dalam sebulan dan kita dapat 3 orang kawan yang berpotensi tinggi untuk kita kukuhkan rangkaian kita.  UNTUK BINA RANGKAIAN BUKAN UNTUK BERFOYA-FOYA ok!!!

-  Kaji dulu kawan yang kita nak belanja, pastikan mereka adalah:

1. LEBIH BERILMU DARIPADA KITA.  Jangan belanja orang yang tiada qualiti, yang berfikiran negetif dan tiada punya ilmu yang lebih baik daripada kita

2. LEBIH KAYA DARIPADA KITA.  Hi hi hi bukan nak membodek tapi kita kene belanja juga diorang ni untuk mudah kita korek rahsia yang perlu kita korek.

3. ORANG YANG MEMBANTU KITA DALAM KERJAYA ATAU PERNIAGAAN.  Tiada usahawan yang boleh berjaya tanpa bantuan daripada mereka yang prihatin dan berjiwa besar untuk membantu orang lain.  So... jangan jadi orang yang kede... atau kemut untuk memberi sedikit penghargaan kepada mereka.  Ia nya bakal menjadi magnet untuk  tarik lebih ramai lagi orang datang menghulurkan bantuan kepada kita...

Tak Percaya.. cuba la dulu...

Meh... kita layan vedio ini...


Kejayaan tidak akan datang bergolek.. ia nya perlukan pengorbanan dan kesungguhan.. 

Masih belum punyai perniagaan untuk menambah nilai hidup anda... boleh terus hubungi saya pjah 019 370 4802 atau Sani 019 354 3005..

Berapa baki perbelanjaan kita?? Rm2000–RM600-RM400 = RM1000... So.. apa nak buat jika perbelanjaan kita masih berbaki RM1000??

Ikuti 3 tip BELANJA UNTUK KAYA dari Li Ka-Shing seterusnya...click DISINI ;)