Rabu, 8 Oktober 2014

MAHKOTA PERIBADI KITA


rambut perlu rapi
Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah kita bertemu kembali...

Saya doakan kita sentiasa dalam rahmat Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Hari ini nak kongsikan pasal apa ya...oh ya...baru saya teringat...
Hujung minggu lepas Hari Raya AidilAdha.. Kami sekeluarga dan saudara mara dalam Mirun Legacy mengadkan majlis korban di Rumah Atok...

Seronok sangat sehingga hilang rasa penat gotong royong korban... Amalan Korban ini di tuntut oleh Islam kerana dapat mengeratkan silaturrahim sesama saudara dan juga jiran...


Rugi lah siapa yang tidak mahu turut serta dalam aktiviti begini...

Yang menarik perhatian saya adalah masih ada diantara saudara mara saya yang tidak mengambil ikhtibar untuk menjaga penampilan diri terutama tang  RAMBUT...

Mak aiii... bukan nak menghina tetapi rambutnya dah macam bulu ekor lembu...

yang buat kami geli hati LELAKI...uhhhh rambut serabai bebenor...



Bila kami tegur, dengan selamba dia menjawab...

"eleleeeh...kak pijah tu yang tak tau fesyen...ni fesyen rambut pelakon korea la....mmm rambut macam ni la yang baru ada stail..."
gambar google2: pelakon korea yang jadi ikutan
Astagfirullahal Azim... semoga saudara saya ini diberikan kesedaran yang mutlak...Artis Korea yang menjadi ikutan...
Geling kepala 9 kali saya di buatnya...

Jelas penampilan seseorang itu, akan menjadi cermin keperibadian dirinya. Saya juga suka melihat seseorang yang kemas dan sopan serta tidak keterlaluan mengikut aliran fesyen zaman kini..

Hari ini saya ...kongsikan tip penjagaan rambut menjadi sihat, cantik dan menawan tanpa berfesyen...


1. RAMBUT TEBAL JIKA KERAP DIPOTONG
Tentu ramai yang beranggapan, rambut akan tumbuh lebih cepat dan tebal jika sering dipotong....  
Sebenarnya, akar rambut tumbuh di dalam kulit... Aktiviti memotong rambut lebih kerap membantu memperbaiki folikel rambut terutamanya bagi yang menghadapi masalah rambut bercabang, namun kerap memotong rambut pula  tidak bermakna rambut akan tumbuh lebih cepat atau tebal.

2. WARNA JADIKAN RAMBUT MUDAH BERCABANG
Jika rambut kurang penjagaan yang sesuai dan tepat akan menyebabkan rambut mudah rosak...
Salah satu tanda rambut rosak adalah bercabang pada hujungnya dan rambut berbuah... Cara mengatasinya yang paling efektif adalah dengan memotong bahagian hujung rambut yang bercabang.

3. BERSIH RAMBUT SETIAP HARI PUNCA RAMBUT KERING

Ahaaa... Jika anda seorang yang suka mencuci rambut setiap hari, salah satu punca rambut menjadi kering kecuali jika anda menggunakan perapi selepas mencuci rambut... 
Tetapi bukan kekerapan membersihkan rambut yang menjadi persoalan, sebaliknya jenis rambut dan aktiviti yang dilakukan merupakan faktor utama kenapa rambut perlu dibersihkan.

4. RAMBUT BERUBAH WARNA KERANA SYAMPU
Syampu merupakan pencuci yang diformulasi untuk membersihkan rambut dan kulit kepala... 
Tahukah anda... Menggunakan sabun setiap hari tidak akan mengubahkan warna kulit kepada warna kelabu, begitu juga dengan penggunaan syampu. Ia tidak akan membuat rambut bertukar kepada warna kelabu... Dan punca sebenar rambut berubah warna mungkin disebabkan oleh faktor genetik, hormon atau pengambilan zat yang tidak seimbang.

5. PENGGUNAAN PERAPI TIDAK BERKESAN
Penggunaan perapi adalah bertujuan untuk menjadikan rambut lebih lembut dan mudah diurus... Kebanyakkan perapi digunakan setelah selesai mencuci rambut dengan syampu... Kemudian selepas beberapa minit dibiarkan pada rambut, perapi akan dibilas.
Dan dalam tempoh tersebut perapi ini dapat membantu membuatkan rambut lebih mudah diatur, lebih bersinar dan lembut.

6. UBAN TUMBUH LEBIH BANYAK JIKA DICABUT
Salah satu fakta yang saya sendiri masih sangsi... "mencabut uban membuatkan lebih banyak uban tumbuh? 
Ini sama sekali tidak benar, memandangkan setiap rambut memiliki satu folikel, mencabut satu helai rambut tidak akan mempengaruhi rambut yang lainnya... 
 
7. TIDUR DENGAN RAMBUT BASAH PENYEBAB KELUMUMUR

Kebiasaannya, masalah pada rambut adalah disebabkan oleh, anda tidak mementingkan kesihatan dan penjagaan rambut iaitu tidak membersihkan rambut selama berhari-hari...Kulit kepala di biarkan tanpa di basuh akan menyebabkan keadaan kulit kepala menjadi berminyak dan masalah kelumumur akan timbul.

8. PRODUK DENGAN LABEL SEMULAJADI BEBAS BAHAN KIMIA
Setiap produk akan mempamerkan label kandungan dan kegunaan sesuatu produk.. 
Biasanya produk yang me'label'kan menggunakan bahan semula jadi adalah sangat menarik perhatian pengguna... Tetapi pengguna perlu bijak memilih dan menilai sesebuah produk tersebut... 
Sebagai contoh syampu misalnya tetap memerlukan pewarna, bahan pencuci dan sebagainya dan yang pasti ia bukan bahan semulajadi.

9. PRODUK PENJAGAAN RAMBUT DI SPA SAMA SEPERTI DI PASARAN
Persoalan yang sering di ajukan oleh ramai pengguna adalah adakah produk penjagaan rambut disalon kecantikkan rambut sama dipasaran?

Jawapannya adalah produk penjagaan rambut disalon dihasilkan secara khusus untuk memenuhi keperluan pengguna...manakala produk syampu yang biasa di pasaran adalah untuk kegunaan umum dan tidak terhad untuk tujuan tertentu...
Dan sudah jelas dimana produk syampu di salun sama bahan dan fungsi seperti mana syampu biasa dipasaran.

10. RAMBUT NIPIS LEBIH MUDAH ROSAK
Saya takut pada sikat... sebab apa? 
Ini kerana penggunaan sikat yang tidak sesuai atau terlalu kasar ketika menyikat rambut boleh menyebabkan rambut bercabang dan mengalami kerosakkan...
Menyikat dengan cara yang salah terutama pada bahagian rambut yang tipis akan menyebabkan rambut lebih mudah rosak, tetapi jika anda menyikat rambut mengikut cara yang lembut ,maka rambut tidak mudah rosak....

Kesimpulannya:

Anda perlu menjaga rambut seperti anda menjaga mutiara yang bernilai... Kerana penampilan yang hebat boleh di nilai daripada penampilan rambut yang kemas, cantik dan menawan...

satu cara yang paling berkesan menjaga rambut adalah menjaga rambut daripada akarnya dan juga kulit kepala yang sihat dan bertenaga... Apabila rambut sihat dan kuat maka rambut yang tumbuh juga cantik dan berkilau...

Salah satu caranya adalah dengan pengambilan suplement dan mengamalkan gaya hidup sihat boleh membantu mengekalkan kesihatan dalaman kita. Bila kesihatan dalaman terjaga, semua sistem pada tubuh juga terjaga, termasuklah kulit kepala dan juga rambut...

sebagai contoh:
ESP dan Zinc Complex
gambar google 3: set rambut sihat dan menawan
- Sangat membantu menguatkan akar rambut daripada gugur dan sentiasa kukuh
- membekalkan vitamin kepada kulit kepala agar sentiasa bersih dan bebas kelumumur
- mengekalkan rambut yang berkilau dan menawan
-menghalang rambut daripada bercabang dan berbuah



Petua Nenek-nenek:
Mahukan kulit kepala yang sihat:
Ambil hampas kelapa yang sudah habis diperah santannya, lumurkan ke kepala dan biarkan selama 20 dan bilas..Rasailah kehebatannya... ,)


Anda ingin mencuba, atau mahu hadiahkan kepada mereka yang tersayang?? 
Contact Me for more details!! :)


Hubungi Hafiza/Sani untuk :-

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Siti Hafiza

Sitihafiza79@gmail.com

019 370 4802 atau 019 354 3005

(SMS/WhatsApp/Telegram)

Bila dah cantik, boleh jana duit geli-geli... tak susah dan sangat mudah jika ada MENTOR yang membimbing....
Boleh jana income 3-4 angka sebulan dengan bisnes online Shaklee hanya bermula dengan RM65? 


Jom Sertai Group MSMF (Most happening Group Shaklee in Malaysia) ;)

Masih mencari motivasi dalaman diri??? click di gambar...


http://www.ebookniaga.com/sorryboss/pjah

tiada alasan untuk berjaya...