Isnin, 13 Oktober 2014

KONTROVERSI SOYA BAHAYA?

Assalamualaikum semua readers pijahsecret yang di sayangi...

kacang soya
Semoga semua sentiasa di lindungi dan sentiasa di berkati oleh Allah... Saya doakan kita semua Kaya dan Berjaya di dunia juga di Akhirat...

Alhamdulillah... Ramai yang sudah mengetahui khasiat susu soya dalam kehidupan seharian.. Memang tidak saya nafikan bahawa susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu... 

Akan tetapi masih ramai yamg memilih soya sebagai pelengkap nutrisi dalam badan.. Terutama kepada ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan akan mengambil soya sebagai makanan tambahan bagi mengekalkan kualiti kesihatan mereka...



Selama ini juga, kita sangkakan soya ini sumber protein terbaik untuk kesihatan manusia. Tetapi sebenarnya berbahaya kepada kesihatan manusia.  Selama ini kita terlalu banyak dimomokkan dengan soya adalah makanan mudah, murah dan menyihatkan. 

produk soya: mudah, sedap dan murah

Ya... Sebenarnya Soya tinggi dengan kandungan B6 yang mana pengambilan yang terlalu banyak boleh menyebabkan gangguan kepada kesihatan. 

 
kandungan B6
Soya mengandungi phytates yang menghalang penyerapan nutrien-nutrien oleh tubuh.  Ahaa inilah puncanya masalah kekurangan nutrisi bagi sesetenagah orang.

Soya mengandungi isoflavones yang berfungsi sebagai phytoestrogen. Pyhtoestrogen mengganggu fungsi normal tubuh. 

Tindakan isoflavones dikatakan menyebabkan reseptor estrogen dalam tubuh manusia tidak stabil, kerana phytoestrogen boleh meninggikan pengeluaran hormon estrogen atau mengurangkan keupayaan hormon estrogen. 

Disebabkan itu, soya dikatakan mengganggu kitaran haid, menyebabkan masalah kesuburan wanita dan antara punca kanser payudara. 

Bagi lelaki pula soya dikatakan mengurangkan jumlah sperma, menyebabkan kemandulan lelaki dan juga mengurangkan kualiti air mani. Tetapi tiada bukti kukuh yang menyokong kenyataan tersebut setakat ini.

Soya juga dikatakan penyebab masalah tiroid, sembelit, menyebabkan peningkatan alergik, lesu dan mengantuk. Bagi bayi yang minum susu formula berasaskan soya apabila membesar menjadi lebih cepat baligh, pertumbuhan payudara yang cepat, dan juga menyebabkan masalah neurologi dan ADHD disebabkan kandungan mangan dalam soya yang tinggi.

Makanya... Dengan datangnya fakta-fakta ini menyebabkan ramai yang mula takut nak makan soya.

"eeeee, tak mau lah minum soya dah, pjah oiiit. Semua jenis produk soya akak dah tak minum. Lagi-lagi lepas baca pasal soya dalam surat khabar hari tu, terus akak stop minum soya..."

hihi...soalan nakal saya...  Kicap makan kak?

"eh...makan lah.. anak akak tak boleh makan tak de kicap.. tak der lauk tak per tapi kalu tak de kicap tak mahu makan nasi.."

mmmm...soalan cepu emas saya...kicap buat dari soya ke kak?

" ;( ..."

ohooo...

Secara jelasnya... kita orang malaysia terutamanya memang sinonim dengan soya... soya tidak boleh di pisahkan dalam kamus kehidupan rakyat malaysia...

Betul ke Betul?


 

Meh... saya nak habaq mai...

Sejarah Kacang Soya..

Negara asal kacang Soya berasal dari asia timur.  Akan tetapi pengeluar terbesarnya kacang soya adalah negara US.

Sebenarnya:
Soya yang selalu kita nikmati hari ini telah disembur dengan racun herbisid Roundup, yang mampu mengubah genetik soya dan memberi kesan buruk kepada kesihatan...

Dan komposisi yang terdapat dalam banyak jenis produk makanan di seluruh dunia berasaskan kacang soya...

Contohnya: Tempe, tauhu, tau fu fa, air kacang soya, makanan ternakan, pembuatan biskut, minyak, coklat, perasa, susu formula untuk bayi, produk-produk minuman seperti coklat panas, taucu, miso, kicap, burger, roti dan banyak lagi produk-produk makanan yang kita kurang prihatin untuk ambil tahu ada mengandungi unsur-unsur soya.

tauhu
tempe

Taufufa
air soya
Kicap Pelbagai rasa

Sangat sukar untuk kita menemui produk makanan yang bebas soya. Termasuklah Lecithin juga adalah sebahagian daripada unsur-unsur soya.

Kacang soya itu pula adalah beracun sekiranya dimakan mentah. Berkhasiat tetapi beracun. Umpama ubat homeophati. Ubat homeopati itu asalnya racun tetapi juga bertindak sebagai penawar. Cara untuk meneutralkan racun tersebut adalah dengan letak ubat tersebut di bawah lidah. 

masak kacang soya sebelum di minum
 Jadi, jika nak makan produk soya, ianya harus dimasak terlebih dahulu untuk mengeluarkan racun tersebut. 

So.. Adakah Protien Soya ESP Shaklee juga berbahaya? 

Untuk pengetahuan anda, tiada mana-mana syarikat pun yang sanggup seperti Shaklee mengeluarkan 250 juta US Dollar setahun untuk ujikaji setiap produk keluarannya. 

Dan semua produknya tidak menggunakan haiwan sebagai uji kaji. Jadi setiap keputusan ujian adalah lebih tepat dan telus kerana menggunakan manusia sebagai ujikaji.

Produk Shaklee juga adalah 100% semulajadi. Bermula dari proses pemilihan biji benih, semaian, tuaian, pemprosesan dan pembungkusan semuanya 1oo semulajadi dan mesra alam. 

Penghasilan protein soya Shaklee dibuat dengan begitu berhati-hati. Soya tidak dibasuh menggunakan alkohol sebaliknya menggunakan air dan menggunakan suhu yang rendah supaya protein soya terpelihara dan tidak termusnah. 

Kemudian protein soya diproses menggunakan proses isolate yang memisahkan komponen-komponen soya untuk mendapatkan 90%-95% protein soya yang terbaik.  Selebihnya sebanyak 5%-10% adalah karbohidrat, rendah lemak, bebas kolsterol dan bebas laktosa. Khasiat ESP Shaklee hampir menyamai khasiat protein soya sebenar.

Benar lah gitu... Soya merupakan tumbuhan yang paling banyak mengandungi isoflavones. Walaupun pyhtoestrogen tumbuhan seperti soya bereaksi hampir sama seperti estrogen-mengaktifkan reseptor estrogen, tetapi ianya tidak sekuat estrogen yang berasaskan haiwan. Dan estrogen yang terkandung dalam badan manusia adalah 1000 kali ganda lebih kuat daripada pyhtoestrogen soya.

Isofalvones dalam soya sebenarnya memberi kesan bukan bersifat hormon kepada tubuh manusia. Isoflavones soya membantu mengawal pertumbuhan sel-sel tubuh, yang secara tidak langsung melindungi tubuh daripada beberapa jenis kanser. 

Soya juga merupakan sumber protein yang jauh lebih sihat untuk kesihatan jantung kerana bebas kolestrol dan rendah lemak.

Jadi Benarkah Soya itu membahayakan kesihatan?

Semua makanan yang dicipta Allah ada kebaikannya. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sebagai sia-sia. 

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Al-Nahl 16:69)


Tetapi kebanyakan soya hari ini telah diubah-suai secara genetik supaya berbuah lebih cepat dan matang lebih cepat supaya boleh dituai hasilnya berkali-kali. Apabila diubahsuai genetiknya maka terdapat gen-gen soya yang dicipta oleh manusia tidak dapat diterima oleh tubuh yang mendatangkan keburukan kepada kesihatan. 

Tanaman soya ini juga disembur dengan racun herbisid Roundup untuk mengelakkan tanaman dirosakkan binatang. Secara tidak langsung, racun ini kemudian meresap secara perlahan-lahan ke dalam kacang soya tersebut.  Kemudian kita makan soya yang beracun itu. 

Jika benar soya menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia, kita lihat contoh ini.  

Jepun merupakan negara yang paling banyak memakan produk berasaskan soya dan soya adalah makanan ruji mereka antaranya Miso, Natto, kicap soya, tauhu dan sebagainya. Mereka merupakan antara penduduk paling ramai yang panjang usia dan sihat. Mereka juga tidak mandul!

Apa-apa sahaja yang anda makan, ambillah secara bersederhana. Tak boleh terlebih makan dan boleh terkurang makan. Terlebih anda sakit, terkurang juga anda jatuh sakit.  Itulah asas untuk kekal sihat. 

Testimnomi Pengguna ESP?

 
baikkan kulit dan luka

pedih ulu hati

cantik muka wajah

booster susu

tambah susu badan

 

So... kita boleh kaji soya yang terbaik di pasaran dan yang boleh di jadikan makanan tambahan untuk tambahan nutrisi kita...


Kajian Klinikal Shaklee Tentang Produk Protein

  • Effects of a High-Protein Supplement on Body weight and Blood Constituents of Overweight and Obese Individuals. Albanese, Wein, Carroll. Nutr Rep Int 1984;29:193-204.

  • Biological and Biochemical Evaluation of Commercial Podered Protein Products. Jenkis, Mitchell.
  • Nutrition Reports Inti. Sept 1981, Vol 24. NO. 3