Khamis, 2 Oktober 2014

BEBASKAN DARI KANSER





Assalamualaikum semua...

   اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Alhamdulillah...hai..hai...readers pjahsecret...
Saya doakan anda semua sentiasa diredhai Allah dan sentiasa di permudahkan urusan oleh Allah...

"mencegah lebih baik daripada mengubati”

Dari jauh kelihatan wajah boss (majikan) saya nampak sunggul.. Saya memang seorang yang nakal, saya dekat dengan boss dan bertanya seperti berbisik...

" kenapa muka boss macam cicak cabut ekor.. ada yang boleh di kongsikan"

Tersenyum beliau...


Hampir sejam beliau meluahkan isi kesedihan hatinya...uh... dalam wajah yang lembut dan sentiasa tersenyum, tergaris memori pedih dalam hidupnya...

Bukan saya ingin membuka aib beliau tetapi sebagai pedoman kita semua...

Orang yang tersayang beliau telah di sahkan mengidap tiroid.. sebelum membuat pembedahan doktor telah mengambil sample darah untuk memastikan tiada sel kanser. 

Keputusan telah menunjukkan bahawa memang tiada sel kanser dan beliau telah di bedah untuk membuang sebelah tiroid yang ada...

Setelah hampir 2 minggu pembedahan, pemeriksaan berkala masih di jalankan... Alangkah sedihnya apabila doktor sahkan terdapat sel kanser ada pada rongga tekaknya...

Terpaksa di bedah untuk kali kedua bagi menghalang sel kanser merebak kebahagian yang lain...

Persoalannya... apakah kaedah atau cara mencegah kanser terutama yang telah menjalani pembedahan dan rawatan kemoterapi atau radioterapi. Mereka telah sihat tetapi tidak mahu kanser datang kembali (cancer relapse atau cancer recurrence.)

Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh menyeru prinsip “mencegah lebih baik daripada mengubati”.


Dalam mencegah penyakit kanser, ada tiga faktor yang kita perlu tekankan iaitu gaya hidup sihat, pengambilan diet seimbang dan pengendalian stress atau tekanan yang minimum..

Di antara punca utama kanser adalah gaya hidup tidak sihat.
di zaman kini tabiat merokok, mengambil minuman keras atau arak sangat berleluasa tanpa batasan.  Ada yang masih peringkat remaja tetapi sudah mengambil rokok sebagai bahan penenang dan mengambil minuman keras secara bebas tanpa kawalan...

Selain itu, kawalan tekanan emosi atau stress yang tidak stabil... terlalu mengikutkan perasaan dan bertindak tanpa berfikir juga penyumbang kanser makin membiak di dalam diri...

Dan faktor pemakanan tidak teratur dan tidak  seimbang, mengambil makanan yang berkafien tinggi juga mengambil makanan segera yang kerap adalah  pendorong kuat kepada kanser membarah di dalam tubuh.

Yap... itu adalah faktor barah atau kanser bersarang didalam tubuh..
Cara yang terbaik adalah dengan mengambil makanan yang mengandungi pH alkali tinggi bagi mengelakkan serangan kanser, malah mampu membantu menyembuhkan seseorang yang menghidap kanser. 

Tetapi... malangnya, kebanyakan rakyat Malaysia, gemar memilih diet dengan pH berasid.

Apa itu diet beralkali? 

Diet berakali melibatkan pengambilan minimum makanan seperti daging merah (lembu dan kambing), daging ayam, ikan, makanan laut, makanan berasaskan susu seperti mentega, keju, ais krim, tepung, teh, kopi, makanan segera, minuman soda dan gula.

Makanan yang tersenarai ini adalah makanan asasi atau makanan ruji juga makanan kesukaan rakyat Malaysia. Sebenarnya makanan-makanan ini lah yang meningkatkan kandungan asid dalam badan seseorang.

uhhhh... ahhhhhhh..

Gambar google 1: piramid makanan yang seimbang
Jadi.. seperti di dalam piramid makanan telah kita pelajari, 

Di mana diet berakali tinggi adalah makanan berunsur sayur-sayuran dan buah-buahan, biji-bijian, kurma, habatus-sauda, madu, jus buah-buahan, teh hijau dan makanan berunsur soya seperti tempe dan tau fu faa.

Makanan ini meninggalkan alkaline ash atau persekitaran tubuh berakali.


Bagaimana diet beralkali pengaruhi sel kanser? 

Kajian makmal membuktikan, sel kanser dalam tabung uji lebih cepat membiak dalam persekitaran berasid.

Apabila tahap asid dikurangkan maka didapati ketumbuhan kanser lebih lambat.

Dengan memilih diet yang menjadikan pH di dalam tubuh seseorang lebih berakali, maka potensi untuk kanser tumbuh dan membiak adalah berkurang.
Makanan berakali tinggi menghasilkan persekitaran sukar untuk kanser membiak dan merebak.

Sel kanser tidak boleh membiak dalam persekitaran yang tinggi kandungan oksigen. Apabila kandungan oksigen rendah, ia menggalakkan pembiakan kanser.

Apabila sel tisu dalam badan mempunyai kandungan alkali tinggi, ia berupaya menampung kandungan oksigen tinggi berbanding sel tisu berasid tinggi.
Dengan memastikan kandungan pH alkali di dalam badan tinggi, ia dapat melindungi sel di dalam badan daripada diserang kanser.

Kesimpulannya, semakin tinggi tahap alkali dalam badan, semakin banyak kandungan oksigen dapat ditampung dalam badan, maka semakin nipis peluang sel kanser membiak.

Bagaimana nak membantu tubuh kita menjadi Beralkali?

Ya.... Adalah digalakkan memakan banyak makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan mengandungi kandungan serat tinggi, jus buah-buahan terutama sekali jus lobak merah.

Persoalannya di sini, dari kecil saya tidak makan sayur, tekak dah tak boleh masuk sayur la...

Mudah saja....  daripada kita habis beribu untuk mengubati sakit yang kita tak pasti penghujung kesudahannya... Adalah lebih Afdal kita menggunakan sedikit wang untuk membeli suplement yang membekalkan vitamin yang boleh mencegah kita daripada penyakit..

Banyak vitamin yang bebas daripada bahan kimia atau drug yang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan yang optimum juga memberikan kecantikan dalaman tubuh kita...

Contohnya:

vitamin A
Paling selamat vitamin a yang terdapat di dalam Beta Carotene.. Ia membantu tubuh kita dalam pelbagai aspek kesihatan, kesihatan mata, teliga, organ-organ  dalaman dan sebagainya. Hidangan terbaik yang tinggi serat dan sumber beta caratene ialah Jus Lobak Merah (Carrot) dan Jus Epal...



gambar google2: mudah ambil caratomax yang kaya vitamin A

 Vitamin C

U alls mesti sudah selalu dengar vitamin c sangat baik untuk tubuh badan.. tetapi kita akan menyangka pengambilan vitamin c adalah pemakanan yang berasid tinggi.  Sebenarnya, sangkaan kita itu semuanya adalah SALAH...

Vitamin c yang banyak terdapat banyak daripada buah-buahan seperti buah Oren dan Strawberi sangat memberi kesan yang baik di mana vitamin c ini dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh kita... Ia juga dapat menguatkan sel-sel dalam tubuh badan kita mengjadi lebih beralkali..

gambar google 3: vita c



Vitamin D

Di antara makanan yang mengandungi vitamin D adalah seperti telur dan susu.. Vitamin D ini bagus dalam membantu menyerap kalsium, membantu tubuh daripada sentiasa kurang bermaya dan tidak bertenaga, mudah letih dan lemah...

gambar google 5: susu terbaik bagi yang mempunyai alasan susu haiwan


Vitamin E

vitamin e ini adalah satu vitamin yang selalu di gunakan untuk mencantikkan dan menganjalkan kulit wajah... Ia juga di panggil 'vitamin anti penuaan' .. Oleh kerana itu, kita sangat memerlukan 400IU vitamin E sehari untuk kesihatan yang optimum.. 

Kebiasaannya, vitamin E ini mudah di dapati dalam minyak zaitun, dan biji bunga Matahari....

gambar google 6: nak kekal cantik luar dan dalam dengan vitamin E



Wahhhhh....kan mudah tu untuk kita cari untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan kita...

nak lagi mudah kita boleh amalkan suplemen yang jelas bersih dan semulajadi yang di hasilkan daripada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.

Tetapi yang PELIKNYA:
Masih ramai yang suka memilih cara yang susah dan menyakitkan...

Anda tahu tak?
Keadaan orang yang menderia kerana kanser... Selalu...

Kadangkala ubat kemoterapi boleh menghilangkan selera makan. Semasa menjalani kemoterapi, pesakit berasa penat dan emosi mereka lebih tertekan.
Hilang selera makan boleh berlarutan sehingga berminggu atau berbulan. Adalah mustahak pesakit kanser memaksa diri untuk makan meskipun tidak ada selera.

Apabila makan, badan menjadi kuat untuk melawan jangkitan kuman dan membaiki tisu tubuh yang rosak akibat rawatan kemoterapi.

Kesimpulannya pesakit kanser perlu menyedari kepentingan diet seimbang. Ini untuk mengawal pembiakan sel kanser di dalam badan pesakit. Dan sekiranya pesakit mengamalkan diet yang sama seperti sebelumnya, ini akan membahayakan.

Jadi ambillah iktibar dan peringatan:

Kita perlu menukar cara pemakanan dengan mengambil diet lebih bersifat alkali seperti sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mengurangkan diet berasid.

Petua Nenek-nenek:

Selain pemakanan seimbang, Kita mesti mengamalkan cara hidup sihat iaitu memastikan waktu tidur dan rehat mencukupi, serta mengawal tekanan emosi dan stres, perbanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan melakukan solat sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Bila hati dan jiwa kita dekat dengan Allah, hati lebih tenteram dan datang rasa reda kepada Allah atas penyakit yang dihadapi.

Nabi Muhammad bersabda “Berubatlah kamu dengan dua perkara – madu dan al-Quran” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).


Kita sebagai seorang mukmin wajib menjaga kesihatan agar menjadi seorang yang sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.

Dan saya berharap maklumat ini memberi manfaat dan membantu kita memperbaiki cara pemakanan kita...

Saya doakan kita semua sentiasa sihat dan sentiasa mudah beribadah tanpa alasan...semoga kita bertemu di Jannah Bersama Rasulullah... 


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Anda ingin mencuba, atau mahu hadiahkan kepada mereka yang tersayang?? 


Contact Me for more details!! :)


Hubungi Hafiza/Sani untuk :-

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Siti Hafiza

Sitihafiza79@gmail.com

019 370 4802 atau 019 354 3005

(SMS/WhatsApp/Telegram)

Bila dah cantik, boleh jana duit geli-geli... tak susah dan sangat mudah jika ada MENTOR yang membimbing....

Boleh jana income 3-4 angka sebulan dengan bisnes online Shaklee hanya bermula dengan RM65? 



Jom Sertai Group MSMF (Most happening Group Shaklee in Malaysia) ;)


Masih mencari motivasi dalaman diri??? click di gambar...


http://www.ebookniaga.com/sorryboss/pjah

tiada alasan untuk berjaya...