Selasa, 7 Oktober 2014

ISTIMEWA RAYA KORBAN




Assalamualaikum...

Masih belum terlewat saya nak ucapkan selamat hari raya Aidul Adha buat semua reader pjahsecret...

Saya doakan anda semua sentiasa di lindungi dan dirahmati Allah... Semoga kita kaya dan berjaya di Dunia dan Akhirat...

Sempena hari raya korban ini saya nak berkongsi resepi istimewa mudah dan senang... yang penting anak-anak suka makan...

BURGERDEL  DAGING


Bahan-bahannya:

1 biji Bawang Besar
5 biji Ubi Kentang Di rebus
1/2 kg Daging Yang di cincang
2 biji telur Ayam
Daun Sup di cincang halus
Garam







Cara Penyediaannya:
1. Goreng bawang, daging cincang kemudian blanderkan... 
2. Lenyek kentang yang sudah direbus
3. Campurkan daging dan daun sup juga garam 
4. Gaulkan rata dan bentukkan mengikut kesukaan kita..

5. Pukulkan telur

6. Celurkan burgerdel yang di bentuk tadi kedalam telur dam gorengkan dalam minyak yang panas...
7. Toskan dan hidang...

Saya pasti anak-anak anda sukakan nya...