Khamis, 18 September 2014

SAYANG DAN CINTA DIRI SENDIRI TANDA BERSYUKUR....








Assalamualaikum  dan selamat sejahtera semua...


Apa khabar anda semua?  Saya doakan agar semuanya sihat sejahtera dan sentiasa ceria... 

Tahukah anda semua untuk menjadi seorang insan yang berjaya dan sentiasa berfikiran positif, pertama yang perlu anda lakukan adalah MENYANYANGI DAN MENCINTAI DIRI SENDIRI...

Ini sangat penting dalam menentukan kehebatan dan kejayaan diri terletak dalam tangan kita sendiri...
Hari ini saya ingin kongsikan  

5 TEKNIK MUDAH DAN PANTAS UNTUK MULA CINTA DIRI SENDIRI



    1.       TERIMA DIRI SEADANYA


Untuk menjadi suka, sayang dan cinta diri sendiri, kita mestilah berlapang dada untuk menerima diri sendiri seadanya... kita tidak cantik, tidak kacak, gemuk, terlalu kurus, dan sebagainya.. walau apapun keadaan kita sekarang, terimalah ia seadanya.  Jangan mengharap untuk menjadi SEMPURNA sebab TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA...





Bagaimana jika kita pernah melakukan kesalahan dan kesilapan pada masa lalu?.. Ketahuilah bahawa setiap manusia pernah melakukan kesilapan.. Bersegeralah mohon keampunan daripada Allah kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang... Dan mohon juga kemaafan daripada orang-orang yang pernah kita sakiti secara segaja atau pun tidak terutama kepada IBUBAPA kita...




Uuhhh Janganlah membenci diri sendiri disebabkan kesilapan lalu... Maafkanlah diri sendiri dan yang PALING PENTING BELAJARLAH  daripada kesilapan itu untuk menjadi diri kita lebih baik...



Percayalah, Allah tidak sekalipun pernah buat silap.. Jika Allah berikan seseorang itu ada KELEBIHAN DAN KEKUATANNYA... Ketahuilah bahawa Allah mahu kita menggunakan kelebihan dan kekuatan itu untuk diri sendiri dan orang lain dengan bijak...



Tetapi jika Allah  berikan KEKURANGAN DAN KELEMAHAN, percayalah sebenarnya Allah amat sayang pada kita dan allah mahu mencabar kita utnuk lebih berusaha menjadi manusia yang lebih kuat dan lebih berani... Allah mahu kita belajar dan berusaha untuk MENUKAR KELEMAHAN itu menjadi KEKUATAN...



    2.       BELAJAR MENERIMA DAN MEMBERI PUJIAN


Jangan terlalu bermegah-megah dengan pujian, tetapi jangan pula kita malu dan segan untuk menerimanya dengan baik... Jadikan pujian itu sebagai pembakar semangat dan kepercayaan orang lain kepada kita... 


Dan usah ujub dengan pujian kerana ia boleh memakan diri sendiri... Ucapkanlah terima kasih dan sentiasa beringat dengan BERSYUKUR kepada Allah yang Maha Agong..



    3.       FOKUSLAH PADA KEKUATAN DAN KELEBIHAN ANDA

Kita perlu lebih banyak FOKUS pada kekuatan dan kelebihan yang kita miliki untuk menjadikan kita lebih bijak mengurus diri dan rasa yakin pada diri sendiri...



Jadi untuk kita kenali kekuatan dan kelebihan yang kita miliki... Jom tulis segala kejayaan yang pernah kita capai sepanjang hidup kita... Tulislah walaupun sekecil mana kejayaan kita itu dan kita harus berbangga dengan pencapaian diri kita sendiri...



Meh cuba tuliskan seperti ini... Berjaya Bangun Awal dan Solat subuh Berjemaah...Berjaya Menunaikan Solat Sunat Dhuha..



SENARAI KEJAYAAN
1.
6.
2.
7.
3.
8.
4.
9.
5.
10.



   4.       JUJUR PADA DIRI SENDIRI


Perkara penting dalam usaha kita untuk berjaya dan menyayangi diri sendiri dengan berlaku JUJUR terhadap diri sendiri... Pernah tak kita berjanji pada diri sendiri tetapi kita sendiri mungkirinya... 


Contohnya: Kita berazam nak sentiasa kekal cantik dan kurus tetapi asal nampak KFC je pasti kita singgah, dapat makan ayam dua ketul pun jadilah... haaa kan banyak kolestrol dan tinggi lemaknya...macammana kita nak jadi sihat dan kurus...memang tak lah...


Selepas ini TEPATILAH janji dengan diri sendiri... Buatlah janji baru mulai hari ini dan pastikan kita MENGOTAKANNYA...



“ HARI INI SAYA JANJI DENGAN DIRI SAYA UNTUK.... “

1.
2.
3.
4.
5.




    5.       BERSYUKUR DENGAN APA YANG KAMU MILIKI


Akhirnya....  BERSYUKURLAH dengan apa yang kita ada. ... Terlalu ramai yang tak suka dan tidak gembira dengan diri sendiri KERANA APA? Sebab mereka suka membandingkan diri mereka dengan kawan-kawan merekayang lebih cantik, lebih kaya, dan lebih beruntung daripadanya...



Bukan tidak boleh tetapi bagi kita yang masih belum kukuh ikatan kasih sayang pada diri sendiri akan merasa diri lebih rendah dan lebih jauh lemah daripada kawan-kawan lain...


So... selepas ini cuba buat perbandingan di antara diri sendiri dengan orang yang masa aras dengan kita... 

tentu kita akan rasa beruntung dan bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang...


 Jadilah diri sendiri...dan sayangilah diri sendiri...

;) Love