Selasa, 16 September 2014

RAHSIA BIJAK BELAJAR






Assalamualaikum semua reader pjahsecret...

Alhamdulillah...bertemu kita bersama di ruangan kecil ini... sempena bulan peperiksaan ini saya ingin kongsikan beberapa Rahsia menjadi Bijak Dalam Belajar...

Saya harap perkongsian ini dapat memberi manfaat dan memberi sedikit pencerahan kaedah belajar yang bijak...

Salah satu kaedah belajar secara bijak adalah dengan menghafal ?... hehehe Betul ke Betul...  


Tapi sebenar nya... ya Memang BENAR...



Bagi sesetengah mata Pelajaran,  kita perlu MENGHAFAL... Eh... contohnya Mata Pelajaran Agama... perlu menghafal pengertian bagi sesuatu, menghafal formula matematik, menghafal perkataan yang menarik dan menghafal fakta-fakta penting...


Jadi di sini saya kongsikan...


 TIP BIJAK MENGHAFAL DENGAN MUDAH DAN PANTAS



      1.       FAHAM PERKARA YANG DIHAFAL

Memahami sesuatu perkara adalah asas paling penting dalam proses pembelajaran.  Apalah gunanya sekiranya anda menghafal tetapi tidak memahami apa yang dihafal.  


Akibatnya anda akan menjadi keliru dan tidak tahu mana satu perkara yang dihafal bertepatan dengan soalan dan jawapan.

Rahsianya asas pemahaman boleh dibentuk dalam kelas bersana guru dan boleh juga rakan-rakan yang lebih pintar.



      2.       LAKUKAN AKTIVITI DENGAN PERKARA YANG DIHAFAL

Semasa menghafal, anda boleh lakukan aktiviti yang boleh membuat anda mengingati akan perkara yang dihafal. Dalam erti kata lain ialah melakukan ULANGKAJI...


Sebagai contoh: Anda menghafal formula matematik, ya...matematik memang susah diingati tetapi apabila anda menghafal formula dan kerap melakukan latih tubi, pasti anda mudah menguasai formula matematik tersebut..

Rahsianya anda tetap digalakkan melakukan lebih LATIH TUBI dengan menggunakan formula yang anda hafal.



     3.      MENULIS PERKARA YANG DIHAFAL

Nak menghafal dan mengingati dengan lebih baik dan lebih mudah.. Anda perlu menulis perkara yang hendak dihafal pada buku atau kertas yang mudah di bawa kemana saja anda pergi...

Rahsianya baca ulang, ulang dan ulang banyak kali...



      4.       MENGHAFAL DALAM KEADAAN TENANG

Boleh ke anda menghafal dalam keadaan yang BISING atau ketika anda LETIH ?... Aturkan masa yang sesuai untuk anda menghafal..


Rahsianya  menghafal pada awal pagi ketika itu otak anda dalam keadaan segar dan tenang..menghafal dalam keadaan tenang dapat meningkatkan fokus dan juga pemahaman sesuatu perkara.



      5.       SUKA DAN SERONOK DENGAN PERKARA YANG DIHAFAL

Pernah tak anda mendengar pepatah, ‘tak kenal maka tak cinta’...  ahaa... sama halnya dengan menghafal sesuatu perkara dalam pembelajaran. Dengan itu anda perlu minat dan perasaan suka pada perkara yang handak dihafal...

Rahsianya anda perlu rasa suka dan minat pada pelajaran yang hendak dihafal supaya mudah dan tidak cepat bosan apabila menghafalnya...

Kesimpulannya...
Otak manusia boleh diasah menjadi lebih baik dan bijak dengan didikan awal seperti latihan MENGHAFAL... 
Rahsianya: Seseorang dewasa akan mengalami perubahan umur yang sama dan yang dapat membezakan kecerdasan otak seseorang adalah dengan ketajaman mengingat seseorang.. Seseorang yang telah mendidik otaknya dengan menghafal, otaknya akan terhindar daripada nyanyuk dan lupa...

Jom didik anak-anak kita dengan menggunakan otak mereka dengan menghafal...untuk memudahkan menghafal ini doanya:

Semoga catatan saya ini memberi manfaat kepada semua... Saya doakan kita semua berjaya dan terhindar daripada sakit lupa dan nyanyuk...

;) SELAMAT MENGHAFAL...