Selasa, 2 September 2014

MERDEKA RAYA AUTISM 2014






Assalamualaikum semua...


   اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah...

Terima kasih masih setia bersama dunia misteri di teratak tinta PjahSecret ini... 

Saya doakan anda semua sentiasa diredhai Allah dan sentiasa di permudahkan urusan oleh Allah...

Saya juga doakan anda semua sentiasa sihat dan gembira sepanjang kita bercuti sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke 57 ini... 

Alhamdulillah bersyukur juga kita dilimpahi keamanan dan kemakmuran di bumi Malaysia yang bertuah ini...

Dengan slogan merdeka tahun ini "Di sini lahirnya Sebuah Cinta" mengajak kita agar sentiasa menjaga silaturrahim diantara semua tanpa mengira kaum, bangsa dan agama....

Salam Merdeka !!




Dengan kecintaan ini maka lahirlah satu program MERDEKARAYA AUTISM 2104...Telah berlangsung pada 30 Ogos 2014 di Auditorium, Masjid Besi, Putrajaya...

Dewan yang akan di penuhi oleh ibubapa anak-anak Autisme sempena merdekaRaya 2014..

Di sini saya kongsikan beberapa bukti simpulan kasih yang mengukuhkan kami semua di AM (Autisme Malaysia)... 

Di pintu masuk macam biasa ada meja pendaftaran... setiap ibubapa dan anak yang hadir kene lah daftar dulu...kita nak tahu berapa orang yang hadir dan nak lihat komitmen ibubapa pada persatuan AM (Autisme Malaysia )...


 Anak-anak Autisme akan di beri tag nama :


Ahhaaa.. nampak tu nama anak saya Hafiz AlBaddri Bin Sanizan ;)



 Diluar Dewan ada di sediakan ruangan mengambil gambar kenang-kenangan...


Gambar Ayah, Nabilah dan Hafiz... :)


Acara di mulakan dengan bacaan doa...salawat atas junjungan nabi Muhammad SAW...
  

 Ucapan daripada Presiden Persatuan En Zamri Tombol





 Jamuan Makan Juadah yang di sediakan....
Dewan semakin di penuhi oleh Tetamu...


 

 

Nampak sedap dan menyelerakan kan....
  






 
wajah-wajah ceria walaupun hati risau manalah anak-anak Autisme ni pergi...


Ni lah dia...wajah kesayangan saya... Kesian bertiga jer pergi...



Bagi ibubapa tidak perlu risau anak-anak semua telah di sediakan pelbagai jenis permainan dan acara jamuan makan di selangi pertandingan mewarna dan beberapa acara nyanyian dendangan anak-anak Autisme...
     
 


Play ground untuk anak-anak leka bermain... mak n ayah nak makan....

 
Nyanyian dan persembahan daripada anak-anak Autisme yang hadir...

Dan majlis diakhiri dengan pemberian Anpau Raya yang di sampaikan oleh En Zamri sendiri...
Hafiz pun beratur juga... jangan lupa anpau nya...
Wajah anak ini nampak gembira jika kita sentiasa memberi kegembiraan kepadanya...

Semoga Hafiz dan rakan-rakan dapat mengharungi kehidupan akan datang dengan lebih ceria dan gembira...

Ibu, Ayah dan Autisme Malaysia Sayang Hafiz... ;)...... 30.08.2014