Isnin, 8 September 2014

Batu Karang indah tapi padah






Assalamualaikum semua readers pjahsecret...

Hari ni saya nak kongsikan sedikit maklumat berkaitan Batu karang.

Eh... bukan batu karang yang cantik ni.... Batu karang ini hanya terdapat di laut dalam saja...

Batu karang yang saya nak kongsikan ini adalah batu karang yang hanya terdapat di dalam badan manusia...



batu karang
Sebenarnya batu karang bukanlah sesuatu yang penyakit yang asing di Malaysia terutamanya. Batu karang atau “renal stone” membawa maksud terdapat batu di buah pinggang atau salur kencing  seseorang. 

Batu ini terbentuk apabila terdapat mendakkan mineral dalam air kencing. Selalunya kaum lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini, namun kaum wanita juga juga tidak terkecuali dari mendapat penyakit ini.



Bagaimana ianya boleh terjadi?

Menurut kajian kebanyakan doktor mengatakan bahawa: Batu karang terbentuk disebabkan beberapa faktor. 

Di antaranya ialah disebabkan tubuh seseorang itu kurang air. Ini terjadi mungkin disebabkan kurang nya meminum air dan banyak berpeluh. 

Dan batu karang juga berpotensi untuk terbentuk apabila seseorang memakan banyak makanan yang mengandungi protein seperti daging merah, makanan yang masin, minum banyak kopi dan teh dan sebagainya. 

Bagi pengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi pula berpotensi tinggi untuk menghidap batu karang berlaku.



Apakah tanda-tanda seseorang mempunyai batu karang?


sakit di bahagian belakang pinggang
Batu karang ini akan duduk didalam pundi kencing manusia..Kebiasaannya batu-batu yang bersaiz kecil boleh keluar dari tubuh seseorang melalui air kencing.

Namun begitu, sekiranya batu ini mempunyai saiz yang agak besar, ia akan mula tersekat dalam salur kencing dan menyebabkan individu itu berasa tidak lawas apabila kencing, kencing yang sedikit, kerap kencing dan juga sakit yang tidak tertahan yang dapat dirasai di bahagian belakang pinggang. 

Selain itu, individu itu mungkin juga akan demam, muntah-muntah, loya, kencing berdarah dan berasa sakit apabila kencing.

Bagaimana pula cara merawat dan mengatasinya...

Batu karang yang tidak terkeluar melalui air kencing memerlukan rawatan yang membolehkan batu itu keluar dari buah pinggang atau salur kencing yang tersumbat. 

Doktor akan memberi ubat tahan sakit untuk mengurangkan sakit yang dialami pesakit. Kemudian, pembedahan kecil diperlukan untuk membuang batu karang itu.

Nasihat pencegahan

Untuk mengelakkan dari perkara ini terjadi, dinasihatkan supaya seseorang itu meminum banyak air setiap hari terutamanya mereka yang melakukan pekerjaan yang menyebabkan mereka cepat berpeluh dan terdedah kepada panas matahari seperti penoreh getah dan nelayan. 

Kita juga disarankan unutk meminum air sebanyak 2.5-3 liter sehari. Selain itu, hendaklah mengurangkan pemgambilan mekanan dan minuman seperti daging merah, kopi dan teh.


Untuk memastikan buah pinggang dan bebas batu karang anda juga di sarankan mengambil supplement yang dapat membantu buah pinggang bekerja dengan baik.. Diantaranya adalah alfalfa tumbuhan herba alfalfa yang sangat baik untuk menghalang daripada batu karang terbentuk...

Walauapapun anda kene bertemu doktor sekiranya tanda tanda tersebut tidak dapat dikawal...


 ‘Mencegah lebih baik dari merawat’.

p/s: Haa…Jangan lupa minum air kosong yang banyak ketika berbuka  untuk mengambalikan kandungan air dalam badan kita…Wallahua’lam….