Selasa, 12 Ogos 2014

[ Tak Tidur Malam ]

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah...walaupun malam tadi saya "tidur-tidur ayam" sepanjang malam untuk melihat Hafiz, bersyukur Allah beri kekuatan untuk saya menjalankan tanggungjawab mengajar pula di Sekolah... 

Saya perlu bersedia untuk menghadapi perubahan rutin tidur Hafiz... Selepas solat maghrib saya akan ambil Osteomatrik untuk pastikan esok saya tidak rasa sakit-sakit badan akibat kurang tidur...

Sarapan pagi minum ESP dan Meal Shake... Tambah tenaga di pagi hari kerana Sarapan sangat penting bagi mengekalkan kesihatan badan kita...


Anda bagaimana? Saya sentiasa doakan anda yang didalam keadaan yang sentiasa ceria dan hebat luar biasa daripada semalam..

Bak kata pepatah " Ala bisa tekal Biasa"... 





Memang menjadi rutin setiap tengah bulan Hijrah, Hafiz akan menukar jadual tidurnya. Tidak tidur sepanjang malam. ia mengambil masa lebih kurang 4-6 hari... dan hari seterusnya kembali normal.  

Saya pernah bawa Hafiz berubat tetapi ustaz tersebut menyatakan Hafiz tiada menghadapi gangguan.  Dan tiada pula ubat khusus daripada doktor untuk pulihkan Hafiz..

Jadi bila minda saya dah programkan Hafiz akan bertukar rutin tidur setiap tengah bulan, saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikalnya..inshaaAllah...

Bagi sesiapa yang mempunyai anak yang mungkin rutin tidurnya juga boleh berubah seperti Hafiz, anda juga terpaksa bersedia menghadapi perubahannya...

Ini adalah di sebabkan beberapa simptom AUTISME yang akan terjadi pada kanak-kanak AUTISME dan ada juga yang tidak mengalaminya...

Menurut beberapa kajian telah menunjukkan beberapa tanda-tanda awal AUTISME yang mungkin dapat di kenalpasti sebagai bahan rujukan anda semua.. 

Bukan untuk mencari kesilapan anak-anak tetapi untuk membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik..


Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Anak-Anak:




  • Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.

  • Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.

  • Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.

  • Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)

  • Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang  kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

Di antara ciri-ciri anak-anak Autisme yang boleh di kenalpasti 

Alhamdulilllah...
Anda boleh kenal pasti anak-anak anda seawal 2 tahun, sekiranya anak anda menunjukkan ciri-ciri tersebut boleh terus menghubungi doktor yang berdekatan dengan anda...

Bukan mahu menakutkan anda semua cuma saya terpanggil untuk berkongsi beberapa maklumat untuk kita bertindak lebih awal demi masa depan anak kita...

Anak itu adalah amanah yang telah di berikan untuk kita daripada Allah... bagaimana rupa akhlak dan corak peribadinya adalah daripada kita, sebagai ibu dan bapanya...



“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah mereka telah memeliharanya atau mensia-siakannya.” (Riwayat Ibnu Hibban)

Hadith ini jelas menunjukkan betapa Allah menekankan tanggungjawab kita sebagai ibubapa mencorak kehidupan anak-anak kita...

Indah mentari, bersinar pagi...
Indah rembulan, menerangi malam....
Usah di benci, usah di tinggal pergi...
Setiap Pemberian Allah, adalah ilham...

Love, 
Ibu Pjah