Khamis, 28 Ogos 2014

Rahsia Hebat Anggur Hitam



Assalamualaikum semua...


   اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah...

Terima kasih masih setia bersama dunia misteri di teratak tinta PjahSecret ini...Saya doakan anda semua sentiasa diredhai Allah dan sentiasa di permudahkan urusan oleh Allah...


Saya juga doakan anda semua sentiasa sihat dan gembira walaupun menghadapi hari-hari yang sukar ujiannya..

Hari ini saya kongsikan pula kelebihan dan khasiat buah-buahan terutama buah Anggur Hitam...

Tahukah Anda:

  • Khasiat buah-buahan mengandungi serat, air dan nutrisi yang tinggi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. 

    Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.

    Terdapat pelbagai pilihan jenis buah, ada juga beberapa jenis buah-buahan  yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.

    Tidak terkecuali buah anggur juga mengandungi serat, air dan nutrisi yang tinggi dapat menurunkan berat badan seseorang.


  • Selain daripada itu, khasiat buah anggur juga dapat mencegah kerosakan mata. Di dalam buah anggur juga banyak mengandungi lutein dan zeaxanthine, kedua kandungan zat ini dapat mengurangi risiko kerosakan penglihatan. Lutein, merupakan salah satu jenis karotenoid.

Tambahan lagi, lutein juga mempunyai kesan antioksida. Dalam satu penyelidikan, didapati bahawa lensa mata manusia mengandungi sedikit lutein dan zeaxanthine. 

Sebab itu, kita perlu memakan (buah-buahan) yang banyak mengandungi lutein khususnya pada buah anggur bertujuan untuk menjaga metabolis dalam lensa mata, jernih dan menawan.


  • Khasiat buah anggur juga dapat membantu mencegah sakit hati (hepar). Buah anggur yang difermentasi daripada kulitnya, dengan kandungan polyphenol-nya memiliki khasiat menangkal segala penyakit yang berhubungan dengan hati (hepar) manusia.


  • Khasiat anggur dapat mencegah daripada penyakit strok, jantung, dan kanser. 

    Pesakit strok

    Menurut penelitian Reuter Health (Kaltim Post, 30-8-2001), bahawa wanita muda yang mengkonsumsi anggur merah 1 hingga 2 gelas sehari kurang berisiko untuk mendapat serangan Ischemic stroke (strok yang disebabkan oleh tersumbatnya saluran darah sehingga oksigen tidak dapat sampai ke otak). 

  • Di dalam buah anggur terdapat khasiat flavonoids zat antioksida dan yang berfungsi melindungi tubuh daripada penyakit jantung dan kanser.

    Banyak lagi khasiat buah anggur ini yang  boleh dijadikan sebagai makanan yang sedap dan boleh membantu mengawal penyakit atau sebagai makanan yang boleh membantu mengubati penyakit...

    Rasulullah juga mengamalkan makan anggur kerana khasiatnya dan telah terbukti kebaikannya didalam Al Quran...

    Di dalam surah Ar-Rad, ayat 4 Allah berfirman:

    "Dan di bumi terdapat bahagian2 yg berdampingan, kebun-kebun anggur, 
    tanaman2, pohon kurma yg bercabang dan yg tidak bercabang; 
    disirami dgn air yg sama, tetapi Kami lebihkan tanaman yg satu dari yg lainnya dalam hal rasanya. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bagi org2 yg mengerti"
    Sebagai umat islam mengapa kita perlu menolak khasiat dan kebaikan yang Allah berikan kepada manusia untuk menjadi ikhtiar dalam menjaga kesihatan manusia itu sendiri...

    Mencegah lebih baik daripada merawat ;)