Rabu, 13 Ogos 2014

Please, Respect my PMS, ok!



Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah… hari ni masih nak berkongsi beberapa tips cergas elak senggugut tanpa panadol atau paracetamol juga pain killer…

Tentu ramai di kalangan para wanita yang pernah dan sering mengalami senggugut. Senggugut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja asalkan orang itu ialah WANITA…

Ada diantara kita yang mengalami senggugut tahap kronik sehingga tidak boleh bangun. Sakit di bahagian perut, bahagian ulu hati, kadangkala di bahagian dada dan pinggang..

Teringat salah seorang guru mengaji saya dulu…setiap hari saya dan rakan sekeliling rumah akan pergi kerumah beliau untuk mengaji Al – Quran… Tetapi dalam sebulan tu mesti ada 4 hati tak mengaji kerana beliau akan cuti Senggugut…

Dulu masa kecil mana lah tahu senggugut tu apa, tapi kami panggil sakit guling-guling…

Haaa… bila dah besar sikit baru tahu betapa nikmatnya senggugut atau sakit yang kami panggil duku…SAKIT GULING-GULING….

Walaupun kebanyakan wanita akan mengambil jalan mudah untuk mengambil panadol atau paracetamol sebagai ubat untuk menghilangkan sakit ketika haid ini, tetapi ia hanya berkesan setiap kali kita menelan ubat sahaja.

Aroniknya… ubatan ini akan berkumpul dan sukar di proses oleh perut secara drastic… Dan kesan yang paling tragik, bahan dalam ubatan ini akan menyebabkan kegagalan buah pinggang berfungsi menapis setiap bahan yang ada dalam badan untuk di klasifikasikan sebagai bahan perkumuhan atau sebaliknya…. Nauzubillahimin zalik…

Kan lebih baik jika kita gunakan alam semula jadi sebagai penawar… Di dalam Al-Quran juga telah menjelaskan terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang boleh di jadikan penawar..

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
 (Al-Nahl 16:69)


Di sini saya kongsikan beberapa petua ringkas yang boleh di amalkan bagi mengelakkan dan menghilangkan sengugut….

InshaaAllah di permudahkan dan di beri kesihatan oleh Allah…

1- Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


2- Ambil segenggam halia dan di tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat.
 
3- Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.


 4- Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula. JANGAN TAMBAH GULA kerana gula akan mengurangkan keberkesanannya.



5- Berlari atau berjalan dengan laju juga dipercayai dapat mengurangkan kesakitan sakit sengugut. Kebanyakan kesakitan sengugut adalah bermula dengan kurangnya bersenam. Berjalan laju atau beriadah ini dapat membebaskan hormon endorfin yang membantu mengurangkan kesakitan.


6- Bantal panas atau "heat pad" boleh membantu dengan peradangan dan mengurangkan penumpukan cairan di dalam rangkaian. Ia juga memudahkan kejang otot. Para pakar mendorong kita untuk berbaring pada perut kami sambil melaksanakan panas atau di kedudukan yang paling selesa yang mungkin.



7- Tidur. Perlu alasan untuk tidur? Tidak ada waktu seperti sekarang yang menyakitkan. Ini akan membawa fikiran anda dari rasa sakit dan biarkan anda mendapatkan rehat yang sangat diperlukan.

8- Mandi air panas. Ini akan membantu anda merehatkan otot-otot perut anda dan yang lebih penting, menenangkan fikiran anda. Untuk usaha tambahan, membawa lilin aromaterapi dan minyak wangi mandi sebagai penyegar udara.


9- Pertimbangkan juga vitamin dan supplemen. Boleh untuk mengambil GLA COMPLEX  ( kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E ).. ia datang berbentuk softgel, mudah di makan dan hanya makan sekali sehari.. 


 10- Minum secawan teh. Pertimbangkan secawan TEH HIJAU.  Menurut para ahli, teh hijau tinggi dengan fenolat, yang boleh menghalang senggugut. Tidak ingin kafein? Fikirkan tentang secawan teh chamomile. Lebih baik lagi, meminumnya apabila anda sedang di tab mandi.



11- Ambil segelas air teh yang telah sejuk dan campurkan dengan sedikit kapur (kapur makan/sirih). Minumlah air campuran tersebut.



12- Campurkan sedikit air limau nipis bersama air kunyit yang telah ditumbuk. Jadikan ia sebanyak segelas penuh. Amalkan meminumnya setiap malam tiga hari sebelum datang haid.




13- Ambil kulit kayu manis kira-kira 40gram, lima keping kulit limau nipis atau limau purut dan rebus. Amalkan meminumnya segelas setiap malam tiga hari sebelum haid. 



14- Buah petola yang biasa ditanam di kampung-kampung dikhabarkan juga baik untuk mengurangkan kesakitan sengugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan yang berasaskan petola tersebut. Amalkan memakan petola seminggu sebelum kedatangan haid.


Menjalani hidup sihat dan cergas adalah suatu yang complex.. Didengar mudah tetapi payah untuk kita kekalkan..

Saya berharap perkongsian petua daripada alam semulajadi ciptaan Allah ini dapat membantu menyelesaikan masalah senggugut yang tidak dapat di pisahkan daripada wanita…

Jangan mengeluh dan berputus harap…kerana setiap kejadian dan kesakitan pasti ada hikmat di sebaliknya…

“Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; (Asy-Syu’araa’ 26:80)

Waalahuaklam…

See also:


Contact Me for more details!! :)
Hubungi Hafiza/Sani untuk :-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

 
Siti Hafiza
Sitihafiza79@gmail.com
019 370 4802 atau 019 354 3005