Khamis, 7 Ogos 2014

Kolagen vs Rumpai Laut


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah… Terima kasih masih setia bersama pjahsecret untuk mecari gali ilmu anugerah  Allah ini.  Saya doakan anda semua akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah…

Dan saya doakan anda semua sentiasa dilimpahi nikmat sihat dan ceria selalu walau dalam keadaan apa jua...

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa fakta penting yang mungkin membuatkan anda semua terkejut badak…terkezzzut cipan laut…

Sebelum saya membongkar beberapa realiti fakta… saya harap anda semua  tarik nafas alpha dulu…..

Tarik….tahan… lepas….

Hihi… ;) Jangan lah cuak sangat… Cuma nak kongsi maklumat je pun…

Nak cerita pasal kolegen…

Ingat tak dulu pernah kita di hantui dengan kehebatan rumpai laut yang telah di katakana terlalu tinggi khasiat kolegennya…

Agak-agak anda semua,  betul ke rumpai laut tinggi khasiat kolegennya??

Looor ada yang tak tahu kolegen tu apa??  Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia.

Ahaaa.. Memang tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia juga berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita.

Kolagen juga seringkali dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Uhuuu tegang la sangat….tapi memang kenyataan pun..huhu

Tetapi…oleh di sebabkan setiap tahun usia kita meningkat dan menyebabkan juga berlakunya degradasi kolagen dan  akhirnya menimbulkan kedutan-kedutan kecil pada wajah terutamanya….

Maka langkah proaktif yang di ambil oleh ramai pakar kesihatan kulit supaya mengambil langkah untuk merangsang kembali pengeluaran kolagen. Ini dapat dapat memperlahankan proses kedutan.

Jadi salah satu caranya dengan mengambil makanan yang tinggi khasiat dan makanan yang tinggi 'mengandungi' kolagennya.

Baik, jelaskann gerak kerja kolegen…

Sebab itu ramai pengusaha kecantikan sekarang menghebahkan tentang kandungan kolegen dalam produk kecantikan diorang…tak salah pun, bagus lah begitu, semua sudah mula sedar kepentingan kolagen dalam mengekalkan kecantikan dan keanjalan wajah seseorang…

Ahaa… pernah nampak gambar ini… 




ini adalah sejenis rumpai laut.. 


rumpai laut ini juga menjadi lebih glamour setelah lebih ramai wanita yang gilakan kolagen..


Rumpai laut yang sering mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah sejenis agar-agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. 

Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kuih agar-agar



mmmm...nampak sedapkan... hihi

Tetapi disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat.



Alhamdulillah dapat membantu menambah pendapatan kepada pengusaha rumpai laut… Dapat ,membantu menambah nilai kehidupan mereka kepada yang lebih baik…


Setelah di ketahuai umum… terlalu banyak sebaran  iklan dan label bungkusan produk berasaskan rumpai laut denagn tertera istilah-istilah yang menarik seperti ‘marin kolagen’, ‘ibu kolagen’ atau ‘kolagen mentah’…  



Adakah benar rumpai laut mengandungi kolagen?

Jawapannya  adalah rumpai laut tidak mengandungi kolagen.  Setakat ini tiada sebarang kajian sains yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana pun asalnya didapati mengandungi kolagen.

woooittt.. biar betul…



Yap.. Kolagen hanya boleh terdapat dalam tubuh haiwan iaitu meliputi semua haiwan bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang.  Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan.  Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein.



Ya betul Kolagen adalah sejenis protein. Tetapi protein yang memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal yang menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen.  Jadi, menyatakan sesuatu jenis rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tindakan yang tidak bijak.

Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen.



Yang menjadi yang agak pelik,  bagaimana mereka boleh mendakwa bahawa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik ya?...

Kolagen tidak akan hadir dengan begitu mudah... Kolagen merupakan protein berstruktur yang terdiri dari kabel-kabel terbina dari molekul yang menguatkan tendon serta lapisan-lapisan elastik yang menyokong kulit dan organ-organ dalaman. Tulang dan gigi dibina dengan menambah kristal-kristal mineral kepada kolagen.


Tetapi sebenarnya tiada yang hebat pun tentang rumpai laut ni…

Rumpai laut hanya boleh digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).

Sebagai contohnya..



Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit.



Tetapi yang jelasnya, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda.



Jadi… untuk kekal cantik dari mana pula kita mahu dapatkan kolegen ni??


Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. 

Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur. 


Adalah Lebih Baik dan bijak: 

Anda pastikan nak cantik, ambil vitamin c