Khamis, 28 Ogos 2014

Khasiat Kacang Soya




Assalamualaikum semua...



   اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah...

Terima kasih masih setia bersama dunia misteri di teratak tinta PjahSecret ini...Saya doakan anda semua sentiasa diredhai Allah dan sentiasa di permudahkan urusan oleh Allah...


Saya juga doakan anda semua sentiasa sihat dan gembira walaupun menghadapi hari-hari yang sukar ujiannya..

Hari ni saya kongsikan pula khasiat Kacang Soya... Mungkin ramai diantara kita yang tidak boleh minum susu.. ada alahan bila minum susu lembu atau susu kambing... 

Usah bimbang dan risau kacang soya juga penuh khasiat untuk kalsium tulang kita...

jommm kita terokai lebih lagi...


Antara kelebihan kacang soya adalah:

Kacang soya merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur. Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur.




Ia kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron and phosphorous. Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.


Kacang soya boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu. Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.


Kacang soya mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.


kacang soya sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian. Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya denagn protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis. 

 

Kesimpulannya, kacang soya sangat selamat, berzat, murah dan sesuai bagi semua lapisan umur... ;)