Ahad, 17 Ogos 2014

KAWAL TANTRUM


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...masih setia mencari ilmu di taman mini pjahsecret ini... Saya doakan anda semua sentiasa diredhai Allah dan sentiasa di permudahkan urusan oleh Allah...

Saya juga doakan anda semua sentiasa sihat dan gembira walaupun menghadapi hari-hari yang sukar ujiannya.. Hujung minggu tak berjalan kemana-mana kerana Jadual tidur Hafiz masih belum betul...  Malam hanya tidur beberapa jam dan akan sambung tidur di sebelah siangnya...

Alhamdulillah, Hafiz tak banyak ragam nya... pada kebiasaan hujung minggu saja Hafiz akan ajak ayah pergi jalan-jalan, dapat pergi pantai remis pun sudah memadai...

Kalau tak dapat berjalan Hafiz akan buat perangai, mudah mengamuk dan mudah mencederakan dirinya sendiri seperti hantukkan kepala...

Ada kalanya, sedang Hafiz seronok menonton cerita kegemarannya, tetiba iklan...Hafiz akan mengamuk...Kadangkala membaling apa saja benda yang Hafiz nampak, dan kadangkala Hafiz akan menarik televisyen tersebut...


Gejala ini di panggil TANTRUM... 

“Mengamuk Tak Keruan @ Tantrum” atau suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba.

Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang mengalami beberapa ciri-ciri sebagai berikut:

1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.

Bagi anak-anak Autism adalah biasa mereka mengalami tantrum kerana mereka ingin mengambil perhatian orang di sekeliling mereka dan mereka ingin menunjukkan perasaan mereka ketika itu. 

Terdapat beberapa contoh Tantrum yang biasa di lakukan oleh kanak-kanak ini...seperti:

Dibawah Usia 3 tahun

- Menangis
- Menggigit
- Memukul
- Menendang
- Menjerit
- Memekik-mekik
- Menghempaskan badan ke lantai
- Memukul-mukulkan tangannya
- Menahan nafas
- Menghentakkan kepala
- Melemparkan barang
- Menyangkung
- Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 tahun

- Perilaku tersebut diatas
- Menghentakkan kaki
- Berteriak
- Meninju
- Membantingkan pintu
- Mengkritik
- Merengek

Usia 5 tahun keatas

- Perilaku-perilaku tersebut diatas
- Memaki hamun orang lain atau ibubapanya
- Menyumpah
- Memukul kakak atau adik atau kawan-kawannya
- Mengkritik diri sendiri
- Memecahkan barang dengan sengaja
- Mengancam
- Merungut
- Trauma atau fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.

Di antara faktor yang menyebabkan Tantrum adalah seperti:

1) Kehendak atau Keinginan Anak Di Halang

Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, kanak-kanak ini akan  mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi kehendaknya.

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan

Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. masalah ini menyukarkan kanak-kanak ini menzahirkan kemahuan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. 
Dengan itu, mereka akan merasa kecewa dan mereka tidak dapat kawal emosi mereka.. dan secara tidak langsung mereka akan menyampaikan kehendak mereka melalui tantrum ini..

3) Pergerakan yang Terhad

Kanak-kanak yang hyper-aktif memerlukan suatu pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri kanak-kanak. Cara kanak-kanak melepaskan stress, dengan wujudnya tantrum. 

Sebagai contoh; 
Hafiz hendak minum menggunakan gelas, ibu tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik.. Kebiasaannya Hafiz akan berkeras dengan keinginannya, maka akan wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum dengan membaling cawan tersebut atau menuang air yang hendak di minum atau kadang kala Hafiz akan menyemburkan kembali air yang di minum...

4) Asuhan Ibubapa

a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.

b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.

c.Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk anak.

5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.

6) Anak sedang stress

Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).
Bagaimana cara mengatasi Tantrum pada Anak-anak...

Dalam buku “Tantrums Secret To Calming The Storm” oleh La Forge, majoriti berpendapat bahawa tantrum adalah suatu perilaku yang masih tergolong normal yang merupakan sebahagian dari proses perkembangan atau tumbesaran kanak-kanak, suatu tempoh transformasi dalam perkembangan emosi, kognitif dan fizikal anak. Sebagai bahagian dari proses perkembangan, episod tantrum pasti berakhir.

Secara positifnya :

Dengan tantrum anak ingin menunjukkan sikap independensinya, ekspresikan individualitasinya, mengemukakan pendapatnya, mengeluarkan rasa marah dan frustasi untuk menyampaikan maksud agar orang dewasa mengerti dengan sikap negatif mereka.

Tetapi ini bukan bermakna bahawa tantrum harus digalakkan dan disemangati (encourage). Jika ibubapa membiarkan anak-anak di kuasai Tantrum untuk memenuhi segala kehendak anak, ini bermakna ibubapa membenarkan sikap negetif seperti Tantrum tersebut boleh di lakukan selalu...ini menggalakkan anak lebih bertindak kasar dan agresif untuk memenuhi kehendak mereka.

Seharusnya, sebagai Ibubapa patut membantah dengan tegas dan memberi penjelasan secara logikal pada anak. Sekiranya ibubapa bertindak tegas dalam menanggani Tantrum anak-anak, ibubapa berpeluang untuk mengajar atau mendidik anak tentang bagaimana caranya beraksi terhadap emosi-emosi yang normal (marah, frustrasi, takut, geram, dll) secara wajar. 

Ibubapa juga dapat menunjukkan cara dan tindakan yang tepat sehingga tidak menyakiti diri sendiri dan orang lain ketika sedang merasakan emosi tersebut. Inilah yang dikategorikan sebagai intelligent emotion iaitu mempamerkan emosi dengan kaedah yang positif.

Kaedah terbaik menangani tantrum anak?

- Mencegah terjadinya tantrum
- Menangani anak yang sedang mengalami tantrum
- Menangani anak pasca tantrum

Cara PENCEGAHAN

- Tindakan awal yang perlu ibubapa ambil berat adalah:
Mengenalpasti kebiasaan anak yang menyebabkan mereka Tantrum..Misalnya jika anak tersebut adalah merupakan anak yang hyper-aktif dan mudah berasa bosan dalam situasi keadaan seperti berada didalam kereta terlalu lama perjalanannya.  

Keadaan ini sebenarnya akan menimbulkan stress pada anak dan dia mula menunjukkan tantrum. Untuk elakkan anak Tantrum, ibubapa perlu mengatur perjalanan dengan beristirehat di jalan atau di kedai makan untuk memberikan ruang waktu bagi anak berlari-lari di luar.

- Tantrum juga dapat dikesan apabila anak-anak dipaksa untuk belajar atau menyiapkan tugasan sekolah. Sebagai ibubapa perlu memberi sokongan kepada anak pada saat ia mengerjakan tugasan dari sekolah (bukan membuatkan tugas-tugasnya). 

Turut serta mengajarkan hal-hal yang dianggap sulit, akan membantu mengurangi stres pada anak kerana beban sekolah tersebut. 

Harus di ingat juga ibubapa bukan sahaja perlu menemani anak-anak menyelesaikan tugasan sekolah, tetapi juga ketika anak-anak sedang bermain, anak-anak ini perlu di kawal selia oleh ibubapa..ini bertujuan agar ibubapa dapat membantu dengan memberikan petunjuk kepada anak cara mengatasi masalah dengan baik.

- Tidak terlalu memanjakan anak-anak sehingga anak-anak leka dan beranggapan apa sahaja yang mereka mahu akan di tunaikan oleh ibubapa mereka..Tidak salah memanjakan anak tetapi pasti ada hadnya...

Sekiranya anak dimanja dan terlalu melindungi dan seringkali melarang anak untuk melakukan aktiviti yang sebenarnya kanak-kanak, dan tidak akan marah jika anak melakukan tantrum, inilah punca awal anak akan terus tantrum dan mungkin boleh mencederakan orang lain jika apa yang dia hajati tidak tercapai.

Kawalan Ketika Berlaku Tantrum

Jika tantrum terjadi dan ibubapa tidak dapat mengawal situasi, maka beberapa langkah patut diambil:

1. Memastikan situasi sekeliling – Sekiranya anak tantrum didepan orang awam, bawa anak ke satu sudut yang jauh dari penglihatan awam dan biarkan anak melempiaskan emosinya disitu untuk seketika. Ketika anak tantrum, jauhkan darinya benda-benda yang mudah dia capai (barang merbahaya) untuk elakkan dia dari tercedera atau orang lain.

2. Ibubapa harus bersabar (berkeadaan tenang) – Jaga emosi, mulut dan tangan. Jangan sampai memukul dan berteriak-teriak marah pada anak.

3. Biarkan (ignore) seketika anak tantrum – Ketika anak tantrum, sebaiknya ibubapa jangan memujuk, bercakap, memberi nasihat, berargumen dan seumpamanya yang bertujuan mengambil hati anak. 

Kerana ketika tantrum, perasaan amarah menguasai dirinya dan dia tidak akan mendengar kata-kata nasihat dari ibubapanya. Jalan terbaik ialah membiarkan anak untuk seketika, biar dia lepaskan kemarahan itu. Tantrum akan cepat berakhir sekiranya ibubapa tidak campurtangan dengan memujuk atau paksaan atau kemarahan.

4. Jika anak masih lagi tantrum – Ibubapa hendaklah memeluk anak dengan dakapan kasih sayang. Akan tetapi ada ibubapa yang malu dengan kerenah anaknya yang sedang tantrum. Maka sebaiknya ibubapa hendaklah berada tidak jauh dari anak dan bercakap dengan anak yang menunjukkan anda sayang padanya. Dengan kaedah itu, anak berasa aman dan tahu bahawa ibubapanya ada dan tidak menolak sikap negatifnya.

Apabila Keadaan Anak Kembali Tenang

Sekiranya Tantrum anak sudah reda, Walaupun sedasyat mana emosi yang telah terjadi, 
- Elakkan memberi hukuman, nasihat-nasihat, teguran, maupun sindiran. Juga jangan diberikan hadiah apapun, dan anak tetap tidak boleh mendapatkan apa yang diinginkan (jika Tantrum terjadi kerana menginginkan sesuatu). Dengan tetap tidak memberikan apa yang diinginkan si anak, ibubapa akan dapat melihat konsistensi dan anak akan belajar bahawa dengan tantrum tidak dapat memberi apa yang mereka hajati..

  - Ibubapa hendaklah mendidik anak dengan mengajar anak mendengar (nasihat)..bukan sebaliknya kita pula yang mendengar katanya. Jika sejak mula sudah terbiasa mengikut katanya, inilah kesan sampingan sika-sikap negatif yang akan terdapat pada diri anak.

- Berikanlah belaian kasih sayang dan rasa selamat kepada anak. Ajak anak, membaca buku atau bermain bersama. Tunjukkan kepada anak, sekalipun ia telah berbuat salah, sebagai ibubapa Anda tetap mengasihinya.

Pengajaran Kepada Anak Tantrum

1. Ibubapa mengenalpasti dan membuat kaji selidik mengapa anak melakukan Tantrum. Apakah benar-benar anak yang berbuat salah atau ibubapa yang salah merespon perbuatan/keinginan anak? Atau karena anak merasa frustrasi, lapar, atau sakit? Fikir secara positif dan ini perlu, agar ibubapa bisa mencegah Tantrum berikutnya.

2. Ibubapa perlu berfikir untuk mengajarkan kepada anak nilai-nilai atau cara-cara baru agar anak tidak mengulangi kesalahannya. Kalau memang ingin mengajar dan memberi nasihat, jangan dilakukan setelah Tantrum berakhir, tapi lakukanlah ketika keadaan sedang tenang dan nyaman bagi ibubapa dan anak. 

Waktu yang tenang dan nyaman adalah ketika Anak-anak tidak ada tanda-tanda akan terjadi Tantrum. Saat ibubapa dan anak sedang gembira, tidak merasa didalam keadaan yang boleh menimbulkan stress merupakan saat yang ideal.

Kesimpulannya:

Sekiranya anak-anak anda mengalami Tantrum, perlu di ambil perhatian lebih dan perlu di bendung sebelum ianya melarat dan mencederakan orang lain. Kebiasaanya,  anak Autism mahupun anak tipikal juga mengalami Tantrum, tetapi sebagai ibubapa boleh mengenal pasti punca Tantrum berlaku...

Tidak adil jika dikatakan anak-anak Tantrum adalah sepenuhnya kesalahan ibubapa. Kebiasaann yang kita dengar orang tua berkata, macam mana perangai ibubapanya maka itulah yang menurun ke anak... Namun harus diakui bahwa ibubapalah yang punya peranan untuk membimbing anak dalam mengatur emosinya dan mempermudah kehidupan anak agar Tantrum tidak terus-menerus berlaku... 

Dan beberapa saranan diatas mungkin dapat berguna bagi anda terutama bagi para ibubapa yang mempunyai anak-anak Autism dan anak-anak yang sering Tantrum.



Saya juga berharap Tantrum Hafiz dapat di kawal selia dan Hafiz dapat mengemdalikan emosinya sendiri dengan baik dan berhemah...Aamiin...

Love, 
Ibu Pjah