Khamis, 14 Ogos 2014

Atasi ‘Dysmenorrhea’ Ketika Haid!


Assalamualaikum...

Alhamdulillah...masih setia mencari ilmu di taman mini pjahsecret ini... Saya doakan anda semua sentiasa diredhai Allah dan sentiasa di permudahkan urusan oleh Allah...

Saya juga doakan anda semua sentiasa sihat dan gembira walaupun menghadapi hari-hari yang sukar ujiannya...

apa yang saya akan kongsikan ini adalah beberapa rentetan yang berkaitan dengan masalah PMS wanita iaitu SENGGUGUT..

Hari ini saya kongsikan petikan daripada majalah RAPI:

Serangan dysmenorrhea ataupun senggugut boleh dikatakan normal bagi kaum wanita setiap kali datangnya haid. Ramai mengeluh apabila penyakit ini datang menyerang.  

Kesakitan yang dialami kadang kala agak serius seperti kekejangan di bahagian otot perut sehingga anda hanya mampu terbaring sahaja di katil. 



Hal ini antaranya adalah kerana kuncupan rahim yang kuat berlaku bagi sesetengah wanita yang belum berkahwin. Untuk itu, sedikit tip mudah mengelakkan daripada serangan senggugut ini, pasti berguna untuk anda!

Senaman ringan

Beberapa jenis senaman ringan seperti lompat bintang, hula-hoop atau juga berjoging mampu melegakan kesakitan senggugut. Ini kerana ia dapat meregangkan sel-sel serta otot badan agar tidak berada dalam keadaan tertekan.


Air
 Air amat penting dalam kehidupan seharian. Pastikan anda minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya dua liter sehari agar dapat membantu proses penghadaman. 

Ini  sekaligus mencegah penyimpanan air berlebihan dalam badan yang juga disebabkan perubahan hormon pada setiap bulan.





 Kalsium yang cukup
Ambil makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, kobis, brokoli, dan yogourt kerana ia mampu mengelakkan kekejangan otot yang kerap melanda wanita ketika awal kedatangan haid. 

Wanita memerlukan sekurang-kurangnya 1,200 mg kalsium setiap hari bagi tujuan dos vitamin tambahan secara semulajadi yang dapat membantu melancarkan aliran darah kotor tersebut.

 ‘Say No To Salt & Caffein!’

Awas jika anda penggemar makanan segera atau peminat setia minuman berkafien! Normalnya wanita akan mengalami sedikit penambahan berat badan yang sekaligus menyebabkan simptom retensi atau pengumpulan air dalam badan setiap kali waktu kedatangan haid. Bayangkan dengan pengambilan makanan segera yang tinggi kandungan garam, ia pasti akan menyebabkan pengumpulan air yang banyak dan keadaan ini pasti mengundang ketidakselesaan pada perut anda!

Begitu juga dengan kandungan kafien yang terkandung di dalam minuman seperti kopi. Ia dikatakan mampu menyebabkan saluran darah mengecut dan anda akan mengalami kesakitan pada bahagian abdomen juga boleh menyebabkan kekejangan otot. Bagaimanapun, jika anda seorang penggemar tegar minuman berkafien, untuk terus berhenti adalah agak sukar, jadi cukuplah jika anda mengambil inisiatif untuk mengurangkan pengambilan kafien dalam kehidupan seharian anda.


apa yang hendak saya highlight kan di sini adalah... 

Seorang wanita memang harus mengambil makanan yang tinggi kalsium... Kalsium juga bukan untuk mengelakkan kekejangan otot yang kerap ketika awal kedatangan haid.  

Dan kepentingan vitamin tambahan secara semulajadi pula yang dapat membantu melancarkan aliran darah kotor supaya mudah dan tidak menyakitkan...

Banyak alternatif yang boleh wanita ambil sebagai mengelakkan dan memulihkan senggugut diantaranya pengambilan kalsium secara teratur bukan dah sakit baru nak ambil kalsium...

Paling mudah dan ringkas tetapi memenuhi keperluan kalsium dalam badan adalah OsteMatrix...


Apa yang OsteMatrix boleh bantu wanita ialah...

Ketika datang haid atau lebih tepat senggugut, wanita akan mengalami gangguan kesakitan dan gangguan ini akan menjejaskan tidur, sakit kejang, otot akan menjadi lemah dan tidak boleh melakukan sebarang kerja...

Bila anda mengamalkan OsteMatrix

  •  tidur anda lebih lena 
  •  menghilangkan bisa bisa kaki serta letih badan mengelakkan sakit pingang serta rasa kebas
  • melawas sistem penghadaman yang memudahkan anda untuk membuang sisa 
  •  badan lebih bertenaga apabila bangun pagi 
Anda akan rasa bebas daripada gangguan senggugut dan anda akan menikmati kehidupan yang lebuh selesa dan gembira....


Contact Me for More Details!! :)

Hubungi Hafiza / Sani untuk:-
FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE


Siti Hafiza / Sanizan
B3daya@gmail.com
019 370 4802 / 019 354 3005



Rujukan:
Nur Ainaa, Web Rapi,  Elak Serangan ‘Dysmenorrhea’ Ketika Haid!, http://rapi.karangkraf.com/idea-sihat/elak-serangan-dysmenorrhea-ketika-haid-1.232542#main-section