Isnin, 11 Ogos 2014

Alhamdulillah.. Anak Aku Autisme!





Assalamualaikum...

semoga semua dalam keadaan yang sihat dan sentiasa ceria di samping insan yang di sayangi...

Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin... Rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan...

Kisah ini lanjutan rasa kecil hati saya pada sesetengah tanggapan segelintir orang di luar sana... Maafkan saya kiranya apa yang akan saya katakan ini akan menyinggung perasaan dan membuat hati-hati terguris...

Niat saya untuk memberi sedikit gambaran dan memberi sedikit pencerahan siapakah dia yang di panggil AUTISME..

Saya seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak..Anak yang sulong LELAKI, sudah berusia 6 Tahun.. Anak saya telah di sahkan oleh doktor, menghidap GDD dimana perkembangan anak saya agak lambat berbanding dengan kanak-kanak sebaya dengannya..

Anak saya juga ada menunjukkan ciri-ciri AUTISME yang kadang-kadang cara komunikasi Hafiz tidak dapat di fahami oleh orang lain..

Disini saya terpanggil untuk berkongsi sedikit maklumat berkaitan AUTISME yang mungkin menjadikan sesetengah orang rasa takut dan rasa geli untuk mendekati mereka seperti yang terjadi kepada anak saya...
 

Menurut kajian pihak UPM, Malaysia, Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.

Mengikut statistik, nisbah seorang dalam setiap 150 kanak-kanak ( 1: 150) yang lahir menghidapi autisme. Bilangan kes ini meningkat sebanyak 30 peratus sejak 3 tahun yang lepas.

Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat.

Cuba anda bayangkan sekaki payung, Payung itu mewakili Autisme, dimana dibawa payung itu mengandungi pelbagai simptom yang berbeza. Kanak-kanak autisme boleh mempunyai sebahagian simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali (turut dikenali dengan terma ‘Autism Spectrum Disorder’).

Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah:
  • Autistic disorder” (juga dikenali sebagai “Klasik” Autisme)
  • Sindrom Asperger” (juga dikenali sebagai “Atypical Autism”)
  • Pervasive Developmental Disorder” (tiada spesifikasi tertentu)
*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down further to include Childhood Disintegrative Disorder and Rett syndrome.) Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme, namun begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autisme dalam kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran.
Tanda-tanda bagi Autisme.


Terdapat tiga jenis kelakuan pada karektor kanak-kanak Autisme:

1) Kanak-kanak Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau.

2) Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.

3) Kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi respons apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya.

Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain. Kanak-kanak Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala. 

Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri ‘saya’.

Selain dari itu, kanak-kanak autisme juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan perbualan mereka

Kebanyakkan kanak-kanak autisme adalah kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk. 



Secara ringkasnya, anak-anak AUTISME ini juga manusia biasa yang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing... DAn AUTISME ini bukan PENYAKIT BERJANGKIT, yang boleh menjangkiti kanak-kanak lain bila bermain dengannya..

Hanya pohon saya, kita sebagai manusia biasa juga perlu menghormati hak anak-anak ini... Janganlah di pandang hina atau di sisihkan kerana mereka juga punya perasaan... 

Harap perkongsian saya ini dapat memberi sedikit pendedahan minda kita sebagai ibubapa tentang kanak-kanak AUTISME..

Love,
Ibu Pjah