Rabu, 27 Ogos 2014

Ada Beza ke EPO dengan Borange Oil?





Assalamualaikum....
  
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah...masih setia mencari ilmu di taman mini pjahsecret ini... Saya doakan anda semua sentiasa diredhai Allah dan sentiasa di permudahkan urusan oleh Allah...

Saya juga doakan anda semua sentiasa sihat dan gembira walaupun menghadapi hari-hari yang sukar ujiannya..



Hari ini saya akan cerita tentang perbezaan antara Bunga...hehehehe saya memang peminat bunga...lagi-lagi bunga herba cantik tetapi boleh di jadikan ubatan...


so... jom bersama saya mengenali lebih dekat lagi apa perbezaan antara dua bunga ini...dan apa pula yang membuatkan bunga ini glamor satu dunia.... 


Apa itu E
vening Primrose Oil?


Primrose atau lebih dikenali sebagai evening primrose mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar berwarna kuning ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. 

Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Habitat bagi tumbuhan ini boleh dijumpai di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Ia tumbuh di tepi-tepi jalan, tebing landasan, tanah terbuka yang kering, padang rumput dan padang lama. Pokok primrose biasanya hidup selama dua tahun dan tumbuh dengan sendiri.

Apa pula itu Borage Oil?


Bunga Borage juga dipanggil Bunga Bintang (Borage, Borago officinalis).

Pokok Bunga borage boleh membesar setinggi 30cm (1 kaki), tetapi lazimnya pokok tumbuh sehingga 45 hingga 60 cm (1.5 hingga 2 kaki) dengan lebar kawasan 45 cm (1.5 kaki).  Daun pokok bunga bintang mempunyai bulu halus yang lembut.

Pokok bunga bintang mampu menghasilkan bunga yang lebat, berwarna biru terang dengan bentuk bintang.  Bunganya mengandungi banyak manisan dengan sari seperti madu dengan manis yang amat halus.

Manakala daun boleh juga dimakan mentah.  Tuai bunga selepas ia mekar sedikit.  Ia boleh dibuat salad, dibuat minuman atau dibuat halwa.


Dalam minyak english primrose ni mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah manusia. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.

Jadi, apakah perbezaan antara EPO dengan Borage oil?


  • Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO.
  •  Kelikatan GLA didalam bunga borage yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.

Bukan itu saja, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage).Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.


Untuk mengetahui lebih lanjut kehebatan  GLA COMPLEX (sila click di sini)  dan anda boleh terus berdiskusi bersama kami... ;)