Rabu, 2 Julai 2014

MULAKAN HARI DENGAN BERHUTANG






Alhamdulillah…

Sempena bulan mulia Ramadhan Al Mubarak ini… Saya nak kongsikan sedikit tips penting yang mengheret kita menjadi lebih baik daripada semalam…

Ramai yang sudah berjaya meletakkan diri dan hati mereka dengan lebih tenang dan gembira setelah mengamalkan tips yang saya kongsikan ini….

MULAKAN HARI DENGAN BERHUTANG

Hoo hooo…. Asal dengar hutang jer jadi menggeletar… tetapi hutanglah yang paling orang suka… Apalah yang hendak saya sampaikan, bukan hutang yang kita buat di ‘bank’ atau ‘cety’ atau ‘Along’ tu… 

Tetapi maksudnya, wajibkan diri dengan berzikir 'istighfar' at least 100x dan selawat 100x kerana kedua zikir ini amat besar fadhilatnya utk menjemput rezeki.

Tetapi saya faham kita kadangkala agak culas. Maka gunakan teknik ini : 


Saya setkan minda setiap pagi dengan mindset 'berhutang' kepada Allah.  Hutang 100 istighfar dan 100 selawat. Dan ia wajib dibayar sebelum 12 malam. 

Tak boleh 'carry forward'. DAN sangat dilarang tidur sebelum jelaskan 'hutang' ini.

Jika tidak, saya kena denda 5 kali ganda. Maknanya jika tak dilunaskan hari ini, esok kena buat 500x istigfar dan selawat.

Memang, zikir ini perlu 'paksarela' sebelum sampai ke tahap 'sukarela'. Tetapi, ia pasti bertukar ke gear sukarela bila anda melihat rezeki tak putus-putus datang nanti.


Believe it!

Saya doakan rezeki anda lebih lebat dan dating menderu menjelang ramadhan ini,
Aamiin…

Salam Sayang