Khamis, 10 Julai 2014

KEWAJIBAN BERPUASA



Assalamualaikum semua…
 
Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke 12 kita semua menjalani ibadah berpuasa… sudah ada yang culas puasa…Allahu Akbar, kalu tiada penyebab untuk kita batalkan puasa seeloknya teruskanlah berpuasa…
Kenapa kita perlu berpuasa?

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa."


Demikian perintah Allah kepada kita agar melaksanakan ibadah berpuasa yang telah tertulis dalam Rukun Islam. Jikalau kita tidak laksanakan rukun Islam ini maka jelaslah kita terlalu lemah iman kita sebagai orang Islam… ;)


TAHUKAH ANDA:

Bahawa Ibadah puasa khususnya pada di Bulan Ramadan ini mengandungi hikmah yang tersendiri. Malah, pakar-pakar perubatan bukan Islam turut mengakui puasa adalah satu kaedah perubatan yang paling mujarab kepada sistem tubuh manusia.


Antaranya :

Dr Mac Fadon dari Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan, puasa seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.


Dan boleh dikatakan semua ahli perubatan di dunia, menyatakan berpuasa dapat menyihatkan tubuh badan manusia, malah memulihkan kesihatan mental dan memberi kekuatan rohani.


Manakala di India pula, terdapat satu institut rawatan kesihatan yang melakukan promosi besar-besaran agar rakyat di negara itu mengamalkan puasa sebagai satu langkah pencegahan penyakit dan mengekalkan tahap kesihatan.


Satu kajian perubatan yang telah dilakukan oleh seorang pakar perubatan dari AS, Dr Alan Cott telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat mempengaruhi darjah kecerdasan otak seseorang.  Beliau telah melakukan satu uji kaji ke atas sekumpulan orang yang berpuasa dan satu kumpulan yang tidak berpuasa.


Hasilnya menakjubkan kerana mereka yang rajin berpuasa itu memperoleh markah jauh lebih tinggi berbanding yang tidak berpuasa. Inilah bukti konkrit daripada segi sains moden bahawa puasa itu mengandungi seribu satu keajaiban.



Oleh itu kita perlu ingat mengenai pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya yang katanya:

"Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah daripada menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadat. Makan yang kenyang itu menegangkan urat perut dan mengendurkan urat mata."


Maksud pesanan Lukman al-Hakim di sini ialah jika kita sentiasa kenyang, kesannya kita mudah mengantuk dan malas. Apabila kita malas menyebabkan seluruh anggota badan kitab malas beribadah…

Jadi, ibadah puasa bertepatan dengan amalan baik dari segi kesihatan manusia. Seperti mana Sabda Rasulullah bermaksud:

"Berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat." (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nu'aim daripada Abu Hurairah) .


Mari kita lihat apa pula yang terdapat didalam bulam Ramadhan:

1. Bulan untuk berpuasa

Semua umat Islam dimana jua mereka berada di WAJIBkan berpuasa. Seperti mana perintah Allah yang tertulis didalam Surah AlBaqarah : ayat 183 



2. Al-Quran diturunkan
Peristiwa di mana ayat pertama Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad (saw).  Peristiwa agung ini berlaku pada 17 Ramadhan ketika Nabi Muhamad SAW berusia 40 tahun semasa baginda sedang berkhulwah di Hira’.

3. Bulan kemenangan
Berlakunya kemenangan yang terbesar yang berjaya dicapai oleh umat Islam ialah didalam peperangan Badar al-Kubra. Peristiwa ini juga berlaku pada 17 Ramadhan, hari Jumaat tahun 2H iaitu tahun pertama disyariatkan ibadah puasa di bulan Ramadhan. 


Seperti yang kita sedia maklum Allah SWT telah mengurniakan kemenangan kepada umat Islam walaupun bilangan tentera Islam hanya berjumlah 313 orang berbanding orang kafir seramai 1300 orang.

Dan terdapat juga peristiwa agung berlaku pada bulan Ramadhan iaitu berlakunya peristiwa ‘Fathul Makkah’. Ianya berlaku dalam bulan Ramadhan tahun ke 8H.


4. Penuh dengan keberkatan
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang di bahagikan kepada tiga fasa kemuliaan. Iaitu yang disebut 10 malam pertama adalah rahmat, 10 malam pertengahan adalah keampunan dan 10 malam terakhirnya dijauhkan daripada api neraka’.


“Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulallah S.A.W bersabda apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibuka lah pintu-pintu syurga ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikat lah semua syaitan.” 


5. Malam Lailatul qadar
Umat Nabi Muhamad SAW merupakan umat yang sangat istimewa kerana dikurniakan satu malam yang mempunyai pahala melebihi 1000 bulan beribadah.



6. Bulan tarbiyah
Bulan Ramadhan mendidik umat Islam supaya menjadi hamba yang bersabar. Juga mendidik hambaNya kearah melakukan kebaikan serta mendidik hamba menjadi insan yang soleh dengan istiqamah menjaga seluruh anggota daripada melakukan perkara yang tidak disukai oleh Allah SWT.



7. Bulan penghapus dosa
Mengapa di panggil bulan penghapus dosa kerana bulan ini Allah memberi peluang kepada Hamba-Hambanya memperbanyakkan memohon keampunan dan sentiasa membuat amal bagi menghapus dosa-dosa.


Dari Abi Hurairah dari Nabi SAW sabdanya: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan beriman dan mengharap keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosa-dosanya pada masa-masa lalu.” (HR Bukhari Muslim)


8. Bulan menambat ketaqwaan
Dengan melakukan amalan yang dianjurkan dilakukan pada bulan puasa secara istiqamah seperti qiamulail, bertadarus al-quran dan solat tarawikh Allah SWT akan mengurniakan taqwa kepada hambaNya.


Bulan Ramadhan ini juga lah dimana bulan yang menguji kesabaran dan ketaqwaan manusia menahan nafsu dan menahan amarah mereka..  maka dengan berpuasa terdidiklah hati dan jiwa daripada melakukan dosa dan noda…

ini kerana semua Syaitan telah di ikat oleh Allah dan di penjarakan sepanjang bulan Ramadhan, hanya manusia yang terbaik sahaja yang mampu mengawal nafsu mereka untuk kekuatan taqwa dan iman mereka..

Semoga dengan sedikit perkongsian saya kali ini dapat memberi pencerahan tentang kelebihan bulan Ramadhan dan menjadi petunjuk jalan kearah yang lebih baik dan mendekatkan kita dengan Allah…


Selamat Berpuasa,

WallahuAklam…