Selasa, 1 Julai 2014

Kebun Kecil: Orkid Hybrid Tahan Lasak

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...

Hari ni saya nak kongsi beberapa maklumat yang berkaitan orkid hybrid...

Orkid hybrid ini juga di kenali dengan orkid liar.  Orkid yang sangat mudah tumbuh, di jaga dan tahan lasak walaupun di bawah terik matahari.  

Orkid ini selalu berbunga, namun bunga tidak tahan lama. Tidak sampai seminggu, orkid ini akan layu. Tetapi jangan lah risau, orkid ini sangat kerap berbunga. Bila dah layu, beberapa hari atau selang seminggu sudah tumbuh bunga yang lain.


Orkid hybrid ini juga sering menghiasi tanam-tanam yang bunga dan tempat rekriasi.  sebagai contoh, di Shah Alam orkid hybrid ini sering menghiasi di setiap tepian jalan dan menghiasi 'round about' yang terdapat di bandar Shah Alam..

 





Dan ada juga orkid hybrid yang jarang berbunga, namun apabila berbunga ia tahan lama: antara empat hingga enam minggu. Bunganya lebih besar daripada bunga orkid liar.

Walau bagaimana pun seseorang penggemar orkid mesti mempunyai kedua-dua jenis orkid ini, bagi melengkapkan koleksi orkidnya. 





Terpulang pada anda, anda boleh menanam orkid hybrid sebangai pagar halaman rumah anda dan anda juga boleh memilih hybrid sebagai hiasan pasu di laman mini anda... ;)