Rabu, 23 Julai 2014

Hidup Bebas Tanpa Gout

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, sudah masuk ramadhan ke 26, kita sudah memasuki zon terakhir yang telah di bentangkan oleh Allah segala keberkatan dan seribu kerahmatan.  Sepanjang Ramadhan yang di tempuhi ini pelbagai makanan dan pelbagai jenis fast food yang kita makan dan kita bedal mengikut sesuka hati.  

Bila dah melantak tak mengikut keperluan perut akan jadilah pelbagai penyakit yang akan datang.  Lelagi la kalu memang dah ada history sesuatu penyakit. Sebagai contoh sakit GOUT…

Asal salah makan je…dah sakit sendi di kaki, di lutut, di pinggang dan sakit ini kebiasaannya akan menyerang LELAKI…



Apakah itu GOUT?

Gout adalah sejenis sakit sendi akibat daripada berlebihan asid urik di dalam darah yang sangat tinggi.  Gout akan menyebabkan sakit sendi terutama pada sendi jari kaki akan membengkak dan menjadi merah. 

Dan sakit ini akan menyerang sendi-sendi lain disamping menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi yang tidak sakit tetapi berkekalan).  

Sangat lah membimbangkan kepada pesakit GOUT ini akan menyebabkan batu karang [pada buat pinggang akibat kegagalan buah pinggang tidak dapat memproses urin asid tersebut.  

Sekiranya, penyakit GOUT ini juga tidak di rawat atau tidak diendahkan boleh memberikan risiko yang tinggi kepada JANTUNG kerana fungsi badan yang tidak lagi stabil dan memproses dengan baik.. 

Apa kaitannya Buah Pinggang dengan GOUT?

  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Buah Pinggang kita pula memproses bahan ini untuk di jadikan bahan kumuhan dan buah pinggang yang tidak dapat memproses dengan baik tidak dapat menapis asid urik untuk di buang melalui perkumuhan.
Tanda-tanda GOUT?

*       Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
*       Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
*       Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
*    Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
*       Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
*       Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
*       Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi Akibat Gout
  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
    • Kegemukan
    • Jantung
    • Darah tinggi
    • Hiperlipidemia
    • Diabetes


Jenis-jenis Gout

1 Serangan Akut (tiba-tiba)
*       Serangan berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan berdenyut berpanjangan dalam tempoh lima dan enam hari.
2 Serangan Kronik yang berpanjangan
*       Pesakit tidak merasa berdenyut tetapi pesakit tetap merasa tidak selesa.  Tempoh kesakitan berterusan mengambil masa di antara dua hingga tiga minggu.  Sehingga pesakit terpaksa mengambil ubat tahan sakit bagi menahan sakit.

Mari kita lihat Pemakanan bagi Pesakit GOUT

Pemakanan

Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.

ELAKKAN MAKAN
KURANGKAN MAKAN
o    Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
o    Ikan bilis, kembung, sardin
o    Daging cincang
o    Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
o    Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
o    Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
o    Peanuts, lentil, beans and peas
o    Poultry
o    Roti jagung dan bijirin


Di atas adalah makanan yang perlu di elak dan tidak boleh di ambil oleh pesakit GOUT.  Kemudian saya beri cara pencegahan penyakit GOUT ini.

Cara Pencegahan


Semasa Diserang Penyakit Gout

*      Rehatkan sendi semasa serangan gout.

*      Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.

*      Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

*      Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
-          Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
-          Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.

Jika Sakit Tidak Menyerang

*       Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

*       Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan (Klik di sini untuk keterangan lebih lanjut..)

*       Mengelakkan minuman keras

*       Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi

*       Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

*       Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal

*       Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout

*       Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan. Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.

*       Minum banyak air Kosong

Fakta Penting untuk Pesakit Gout

Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan penting.
Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal. Namun begitu adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

Rawatan Mencegah GOUT tanpa bahan Kimia

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

Vivix : Tonic semula jadi bebas daripada bahan kimia yang sangat baik untuk mencegah penyakit gaout berulang. 

Alfalfa : menyingkirkan toksid secara lembut dari badan dan menurunkan bacaan asid uric dalamk darah secara semula jadi. 

Performance Drink : ia sangat bagus untuk pesakit gout kerana ia dapat memastikan kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate. 
 
Herb Lax : membersihkan usus dengan lebihan bahan kumuhan yang tidak dapat di hadamkan oleh badan secara semula jadi..

Omega Guard : Ini dapat mengelakkan inflamation pada sendi pesakit terutama ketika sakit menyerang.  Ia juga dapat mengelakkan bengkak yang lebih teruk akibat Gout.

Osteomatrik : sangat bagus di makan semasa sakit dan bengkak.  Boleh mengurangkan rasa kesakitan akibat sakit dan boleh mengantikan ubat tahan sakit yang biasa mengandungi bahan kimia.
  
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Anda ingin mencuba, atau mahu hadiahkan kepada mereka yang tersayang??




    Contact Me for more details!! :)
 
Hubungi Hafiza/Sani untuk :-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!
Siti Hafiza
Sitihafiza79@gmail.com
019 370 4802 atau 019 354 3005
(SMS/WhatsApp)

Bila dah sihat dan cantik, boleh jana duit geli-geli... tak susah dan sangat mudah jika ada MENTOR yang membimbing....
Boleh jana income 3-4 angka sebulan dengan bisnes online Shaklee hanya bermula dengan RM75? Jom Sertai Group MSMF (Most happening Group Shaklee in Malaysia)... ;)