Rabu, 11 Jun 2014

MAKANAN SUNNAH : BUKTI DAN KEHEBATANNYA

Alhamdulillah...Walaupun kita di sibukkan dengan pelbagai kerja dan alasan tetapi allah telah memberi keizinan untuk saya berceloteh di teratak kecil ini...

pejam celik, pejam celik, sudah menjelang pertengahan bulan syaban..hampir 18 hari lagi kita bertemu dengan Ramadhan Al Mubarak..

Satu bulan yang di tunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam.  Baru terlintas di benak kita...cepatnya masa berlalu...eeeeee tak sabar nak tunggu puasa...

Eh.. kenapa ada yang macam tak seronok jer... ohooo badan tak berapa sihat. Almaklumlah semakin berumur. Umur kita bukan semakin kurang, tetapi semakin meningkat. Ramai kata, jika mahu kesihatan baik biarlah berkat. Maka itu, siapa ada kesempatan kena mencuba makanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.  Dapat packagem 2 dalam 1....dapat 'sihat' dan dapat 'keberkatan'.

Bagi umat Islam, jika ikuti pengambilan makanan sepertimana yang dimakan oleh Nabi Muhammad S.A.W; in Sha Allah ada keberkatan dan ganjaran pahala diberikan. Bukan setakat dapat fizikal sihat wal afiat, tetapi juga dapat ganjaran dari segi spiritual dan rohaniah. Untung berganda hanya mengamalkan makanan yang sihat dan lazat pastinya.


Mari saya kupas sedikit kenapa umat islam di galakkan mengambil makanan sunnah.. salah satu cara untuk menjaga kesihatan badan mengikut pemakanan Nabi Muhammad SAW...mmmm dapat pahala pulak....

terdapat banyak makanan sunnah yang telah di ketahui umum...contohnya susu kambing, buah tin, zafaron atau zafran, barli, buah kurma, buah delima, badam, buah zaitun, dan banyak lagi termasuk anggur..

saya perincikan sedikit, bukti mengapa kita di galakkan mengambil makanan sunnah.
Kurma banyak disebut di dalam al-Quran, antaranya dalam surah Mukminah ayat 19:

"Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan"



Kurma merupakan "tenaga segera" kerana mudah diserap dan diproses.  Ia juga mengandungi kandungan serat yang tinggi (3x lebih tinggi daripada pisang).


Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Rumah yang tiada kurma adalah rumah yang tiada makanan"

Sabda Nabi yang lain:
"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu"
Khasiat kurma adalah sebagai penguat memori, penawar racun dan penawar pelbagai penyakit.




buah delima


Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.

Dalam Surah ar-Rahman, ayat 68 Allah berfiman:

"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima"

Terdapat banyak kajian dilakukan yang mana membuktikan delima bagus sebagai antioksida, mengelakkan sakit jantung dan mampu menstabilkan tekanan darah.




zaitun   
Pokok zaitun ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur ayat ke-35.

Mengikut kajian, ia dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser dan sakit jantung, merupakan sejenis antioksida dan digunakan sebagai produk kecantikan sejak berkurun lamanya.



Semenjak 1,400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad S.A.W. telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda S.A.W. sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.





madu
  Mempunyai pelbagai khasiat dan dianggap ibu segala makanan.
Apabila dicampur bersama air panas, boleh mengubati penyakit cirit-birit.
Sabda Nabi s.a.w.:
"Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya"
Rasulullah sendiri mengamalkan minuman madu; dicampurkan madu dengan segelas air dan minum setiap pagi ketika perut kosong.
Madu yg paling berkualiti adalah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga dan musin panas, tetapi kurang berkualiti apabila dihasilkan di musim sejuk.



minyak biji anggur...
Di dalam surah Ar-Rad, ayat 4 Allah berfirman:
"Dan di bumi terdapat bahagian2 yg berdampingan, kebun-kebun anggur, 
tanaman2, pohon kurma yg bercabang dan yg tidak bercabang; 
disirami dgn air yg sama, tetapi Kami lebihkan tanaman yg satu dari yg lainnya dalam hal rasanya. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda2 
(kebesaran Allah) bagi org2 yg mengerti"

Anggur dikatakan mempunyai pelbagai khasiat, antaranya mengurangkan keradangan, mencegah penyakit nyanyuk, melancarkan perjalanan darah dan membersihkan perut.

ahaaa... banyak lagi yang boleh kita pelajari dan kita kaji berkaitan MAKANAN SUNNAH RASULULLAH SAW...


Dan saya tertarik pada anggur...sangat sedap...sangat menggoda.....sangat kormesial...sangat dan sangat lah...owesome sangat.



antara kebaikannya ialah:

1. mengandungi serat yang tinggi, air dan nutrisi yang tinggi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. dan pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah anggur sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.

2. anggur juga mempunyai serat, air dan nutrisi yang dapat menurunkan berat badan seseorang.

3. khasiat buah anggur juga dapat mencegah kerosakan mata. Di dalam buah anggur juga banyak mengandungi lutein dan zeaxanthine, kedua kandungan zat ini dapat mengurangi risiko kerosakan penglihatan. Lutein, merupakan salah satu jenis karotenoid. Tambahan lagi, lutein juga mempunyai kesan antioksida. Dalam satu penyelidikan, didapati bahawa lensa mata manusia mengandungi sedikit lutein dan zeaxanthine

4. Khasiat buah anggur juga dapat membantu mencegah sakit hati (hepar), buah anggur yang difermentasi daripada kulitnya, dengan kandungan polyphenol-nya memiliki khasiat menangkal segala penyakit yang berhubungan dengan hati (hepar) manusia.

5. khasiat anggur dapat mencegah daripada penyakit strok, jantung, dan kanser.

Menurut penelitian Reuter Health (Kaltim Post, 30-8-2001), bahawa wanita muda yang mengkonsumsi anggur merah 1 hingga 2 gelas sehari kurang berisiko untuk mendapat serangan Ischemic stroke (strok yang disebabkan oleh tersumbatnya saluran darah sehingga oksigen tidak dapat sampai ke otak). Di dalam buah anggur terdapat khasiat flavonoids zat antioksida dan yang berfungsi melindungi tubuh daripada penyakit jantung dan kanser.

Cadangan : VIVIX



Halia 
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat17, Surah Al-Insan) firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan mereka dalam Syurga itu diberi dari sejenis  
minuman yang campurannya dari zanjabil'.


Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan. Halia juga dikatakan mampu melegakan rasa loya dan mual angin ketika mengandung, ketidakselesaan perut dan usus, sakit senggugut, penyakit sendi dan membantu pengedaran darah.

cadangan : PEPERMINT GINGER PLUS


 CENDAWAN
 Drpd Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya: Aku pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda: Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yg sgt istimewa) 
dan dapat mengubati mata” 
 
Cendawan mempunyai pelbagai khasiat dan diakatakan menjadi penawar herba sejak zaman dulu lagi. 

Mengikut kajian yang telah dijalankan, ia dikatakan dapat meningkatkan system imun badan (terutamanya bagi pesakit kanser), juga berperanan melawan allergik dan radang. Mengurangkan masalh bronkitis, sinusitis. Merawat sindrom keletihan yang kronik. Membantu mencegah penyakit jantung

cadangan: DTX COMPLEX

ini adalah cadangan supplemen bagi yang inginkan memenuhi tuntutan sunnah dan menjaga kesihatan ...

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

(Al-Baqarah 2:168)


Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.

(Al-Baqarah 2:172)



Inginkan supplements terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?

Inginkan side income 3-4 angka sebulan dengan bisnes online Shaklee hanya bermula dengan RM75? bergantung kepada usaha anda...
Hubungi Hafiza/Sani untuk :-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

Siti Hafiza
Sitihafiza79@gmail.com
019 370 4802 (SMS/WhatsApp)