Isnin, 30 Jun 2014

Kebun Kecil: Orkid Pinang



Bismillahirrahmanirrahim..
.
Waduh...hari ni sempat update gambar  update orkid pinang yang tumbuh meliar...huhu liar lah sangat...

Pokok orkid pinang ni saya dapat di tebing tanah tinggi semasa saya mendaki gunung tahan, mengikut pintu tiga Merapuh.

Spathoglottis atau orkid pinang tumbuh secara liar di tempat teduh dan di kawasan semak samun. Kadangkala kelihatan di tepi jalan raya terutama di tanah berbukit atau berpasir. 

Di katakana juga orkid ini sangat tahan lasak...boleh hidup liar di atas tanah dan boleh mendapat cahaya matahari direct 90%..

Ia dinamakan orkid pinang mungkin kerana daunnya menyerupai daun anak pokok pinang yang baru bercambah. Warna bunga yang selalu dilihat ialah purple dan ditanam dalam pasu di halaman rumah di kampung-kampung. 

Kini orkid spathoglottis juga banyak di jual di nursey bunga dengan warna bunga yang lebih menarik seperti putih, kuning, peach, pink dan warna pastel. Ia mudah membiak dan harga sepasu hanya RM 10-12 sahaja.

Orkid ini ditanam dalam tanah gembur sebagai media tanaman dan hidup subur jika diberi baja organik.



Ini adalah koleksi pokok orkid pinang atau orkid spathoglottis di keliling rumah saya.  


 
Ini adalah hasil kacukan semula jadi yang saya sendiri pun terkejut boleh berwarna pink cair... 


Pada asalnya, kebanyakan orkid pinang saya berwarna ungu, putih, ungu + kuning dan kuning...

Ada sepasu saya pecahkan dan kalih anak-anak orkid ini kepasu yang lain, pabila berbunga berkembang berwarna pink...

Syukur Alhamdulillah tak perlu beli di nursery kan...







Sangat cantik di letak di dalam pasu sebagai hiasan meja dan juga hiasan laman rumah anda...

Saya harap anda boleh memilih orkid ini yang mudah di kendalikan penjagaannya...Selamat berorkid... ;)