Ahad, 22 Jun 2014

4 LANGKAH MUDAH KEMBALI SLIM


Klang :  21.06.2014

Saya mula kan langkah mengikuti cabaran Ideal Weight sebelum Hari Raya Aidilfitri.. Hanya lebih kurang 35 hari sahaja lagi untuk saya memenuhi cabaran  tersebut... uuuuu boleh ker?? ... mmmm YAKIN BOLEH...
Hehehe mesti ramai tertanya-tanya berat saya yang sebenarnya... malu nak stori tapi tak per...jujur sekarang  berat saya 82kg. Ketinggian saya hanya lebih kurang 164 cm sahaja.  

Dan berat BMI Ideal SEPATUTNYA tidak lebih 65kg...Agak-agaknya lah kan kalu berat saya ni dah masuk OBES ke...uhhhh Nauzubillahimin zalik...

Bukan tujuan saya nak kurus nak menunjuk-nunjuk pada orang, Cuma saya rasa menjaga ke Ideal’an  berat badan saya.  Maklumlah umur kita semakin meningkat maknanya makin tua...bukan sentiasa remaja...

Apabila badan dah mula mengembang ni...macam-macam boleh berlaku.. Saya mula menghadapi beberapa simptom kurang sihat seperti:
1.       Cepat Keletihan
2.       Mudah Mengantuk
3.       Cepat Marah terutama bila sedang stress – asyik nak melenting jer
4.       Kerap Sakit Kepala
5.       Lenguh-lenguh kaki dan kekadang kejang-kejang kaki...

Pabila saya membaca fakta-fakta kesihatan: MasyaAllah, simptom ini adalah tanda-tanda awal saya mengalami ketidak seimbangan dalam badan saya.. ini bermakna saya TERPAKSA mengawal berat badan bagi menjaga kesihatan badan saya.
Sekiranya, dibiarkan tanpa dikawal selia dan diperbaiki sistem kesihatan badan  kemungkinan besar akan membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius...sebagai contoh:
1.       Sakit Darah Tinggi
2.       Sakit Jantung
3.       Kencing Manis
4.       Gout Dan Banyak Lagi..
Uhhh Nauzubillahimin zalik...

So, sebagai langkah awal dan bijak saya TERPAKSA menurunkan berat badan saya, dengan mengawal pemakanan harian saya, cara hidup saya dan lebihkan senaman daripada tidur dan sentiasa positif.

Di sini saya kongsikan 4 langkah mudah untuk diamalkan bagi menurunkan berat badan dan kembali slim macam yang diidamkan... Anda boleh juga ikut langkah ini bagi mengekalkan berat badan anda yang ideal.. Yang paling penting ianya mudah dan cepat kesannya sekiranya anda komitted dengan langkah-langkah ini...

LANGKAH 1

VISSION BOARD - 

 Tujuan vision Board ini adalah sebagai pembakar semangat supaya kita terus kekalkan momentom untuk mencapai apa saja yang kita hajati..


Ia sangat berkesan dan vision board ini mestilah jelas dan di gantung di tempat yang mudah anda lihat oleh anda.

KALU TAK BUAT TAK JADI...hehehe


TAK CAYA TAK PER...BUAT AJER...








LANGKAH 2

Pastikan Supplement yang di makan bebas daripada bahan kimikal atau dadah yang boleh memberi kesan jangka panjang kepada badan anda..

Sebagai contoh: Set Terlebih Laris..



 
Rangkaian produk shaklee ini adalah produk yang menggunakan bahan semulajadi asli, tiada bahan kimia atau drug (dadah) atau alkohol yang boleh menyebabkan sampingan kepada organ dalam badan anda.

Rangkaian produk shaklee ini berfungsi sebagai:

1.       Agen Pembakar Lemak
2.       Menurunkan Kadar Kolestrol
3.       Membantu Sistem Pencernaan dengan Baik
4.       Menjaga dan Mengawal Selia Fungsi Jantung
5.       Memberi Tenaga sepanjang Hari
6.       Menghalang dan menghakis Lemak Tepu yang sudah berada di dalam badan anda


LANGKAH 3

KAWAL MAKAN

Menurut Kevin Zahri (Pakar Diet dan Perunding Pemakanan) bahawa:
Diet yang baik adalah hanya mengambil tidak lebih segenggan nasi (karbohidrat) dalam sehari.  Sekiranya pengambilan yang berlebihan akan mengundang masalah kegemukan dan lemak yang tidak di perlukan berkumpul dan menjadi lemak yang tidak berfaedah.

Pehhhh... saya kalu ambil nasi mana cukup sepinggan.. betul tak?? So.. mulai hari ini saya akan mengambil hanya segenggam nasi sehari.. cukup tak cukup SENDIRI MAU INGAT...

Saya kongsikan juga makanan yang perlu anda elakkan:
1.       Lebih mengambil Karbohidrat
2.       Makan dan Minum yang manis-manis
Contohnya: kek, air berkarbonat, air berperisa
3.        Elak makan makanan bergoreng / berminyak
4.       Tidak Boleh makan fastfood
Contohnya: KFC, McDonal, Subway, dan lain-lain...


Alaa jangan la sedih... banyak lagi yang boleh di makan... sekarang saya senaraikan yang anda kene makan...

1.       Nasi hanya segenggam / secawan sehari sahaja
2.       Sayur / salad tanpa minyak
3.       Lauk yang hanya di kukus/ rebus/ stim – bukan di goreng atau gulai atau kari atau kurma dan sebagainya.
4.       Air hanya air kosong tanpa Ais... minum lebih daripada 2 liter sehari
5.       Malam tidak boleh makan berat lebih daripada pukul 8 malam.


LANGKAH 4

MESTI 10 MINIT SENAMAN SETIAP HARI

 
Langkah terakhir ini yang biasa orang tak buat.  Pelbagai alasan yang akan anda berikan.. tak buat tak per... ANDA BUAT, ANDA DAPAT HASILNYA....

Bagi yang beralasan TIADA MASA... TAK SEMPAT... mudah saja... JANGAN MIMPI NAK SLIM...
Banyak kaedah yang mudah untuk kita bersenam. Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak masih kecil...ajak sekali mereka bersenam... jadikan mereka duble untuk kita bina otot tangan dan kaki, otot perut pun boleh..

Yang tak mampu untuk berjongging, anda boleh lari setempat selama 10 minit... sambil tunggu kain dalam mesin basuh anda boleh lari setempat sehingga mesin berhenti...
Skipping, lompat bintang, dan banyak lagi senaman ringan yang boleh anda lakukan di rumah atau di mana sahaja... Yang UTAMA SENAMAN 10 MINIT setiap hari.

Alhamdulillah... anda berjaya membaca dan mencatat 4 langkah mudah untuk kembali slim menjelang hari raya.. Saya berharap ianya memberi manfaat dan dapat menyelesaikan masalah anda yang selama ini mencari tip atau langkah mudah untuk cepat kurus.

KUAT SAYA TEKANKAN...ANDA PERLU KOMITTED DAN JUJUR PADA DIRI SENDIRI...

 sekiranya ia tidak berjaya jangan salahkan langkah-langkah yang saya berikan dan bukan salah produk yang anda ambil..mungkin anda yang tidak komitted  dalam mengikuti langkah-langkah yang di berikan..

Saya doakan anda semua yang akan mencabar diri sendiri dan ingin sihat dan cantik, sentiasa di permudahkan segala urusannya oleh Allah dan Anda mencapai berat Ideal yang anda idamkan.. Aamiin..


Inginkan supplements terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?
Inginkan side income 3-4 angka sebulan dengan bisnes online Shaklee hanya bermula dengan RM75? bergantung kepada usaha anda...
Hubungi Hafiza/Sani untuk :-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

Siti Hafiza
Sitihafiza79@gmail.com
019 370 4802 atau 019 354 3005
(SMS/WhatsApp)