Khamis, 24 April 2014

[ NEVER GIVE UP ]

Setiap anak atau pelajar di dalam kelas mempunyai kepintaran tersendiri. Ia ada dalam impian seawal usia mereka.

Kepintaran mereka itu tidak dapat dikenalpasti oleh sistem pendidikan sedia ada. Mahupun pada cara mereka menjawab soalan peperiksaan dan keputusan markah yang diterima.

Setiap daripada mereka mempunyai penilaian 'A' yang tersendiri. Satu penilaian yang tidak akan menggagalkan.

Mari kita fikirkan:

+ Thomas Edison dilabel 'bingung' oleh gurunya, seolah-olah orang yang keliru. Tidak pernah menamatkan persekolahan.

Beliau salah seorang daripada manusia pintar, pereka cipta produk-produk yang mengubah dunia dan usahawan.

+ Albert Einstein seorang pelajar yang gagal menawan hati guru-guru. Dianggap malas, cuai dan tidak terurus. Guru beliau berkata, "Beliau tidak akan menjadi orang!"

Sebaliknya, beliau menjadi saintis yang sangat berpengaruh dalam sejarah.

Bagaimana mereka, pelajar "C" yang corot dapat mengalahkan pelajar "A"?

Mereka belajar apa yang tidak dipelajari oleh pelajar "A".

Sebagai ibu bapa, anda pasti akan menemui genius tersendiri dalam diri anak-anak anda.

Love,
SaniHafiza master2be...amiin