Sabtu, 1 Februari 2014

Beruntungnya menjadi seorang Ibu

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak share tentang ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang SUSU IBU. 

Alhamdulillah, masa pregnant anak sulung dulu, saya banyak juga baca tentang kebaikan breastfeeding. So sebelum bersalin memang dah bercita-cita nak fully breastfeed.

Dan bila diteliti, rupa-rupanya banyak Allah ceritakan tentang susu ibu dalam Al-Quran.

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”  
– Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Apa yang anda dapat simpulkan daripada firman Allah di atas?

Ayat ini sebenarnya berbentuk PERINTAH atau SURUHAN. 

Maksudnya ia menjadi PERINTAH AGAMA supaya ibu-ibu menyusukan bayi mereka, selama 2 TAHUN, iaitu tempoh yang PALING SEMPURNA untuk kebaikan Ibu dan Anak.

Susu yang dimaksudkan pula, pastilah SUSU IBU dan bukannya makanan lain seperti susu lembu, susu formula atau bijirin bayi. 

Ini kerana kalau yang dimaksudkan apa sahaja makanan bayi, tak payahlah Allah turunkan ayat ni. Fitrah sebagai ibu, mestilah kita akan bagi makan pada anak kan. Takkan nak biarkan anak kelaparan pulak. 

Tapi ayat di atas adalah khusus untuk SUSU IBU, sebab ia makanan terbaik yang Allah ciptakan khas untuk bayi, berbanding lain-lain makanan bayi. 

Bagi saya, ayat di atas lah yang telah memberi motivasi kepada saya untuk berusaha bersungguh-sungguh menyusukan anak-anak saya dengan susu badan sahaja selama 2 TAHUN. 



Betapa banyaknya kebaikan Susu Ibu kepada bayi. Sanggupkah kita sebagai ibu bapa menafikan HAK ANAK kita mendapatkan yang terbaik untuk dirinya?

Breastfeeding memang TIDAK MUDAH pada mulanya, terutama untuk pengalaman anak sulung. Tapi saya dah berazam, walau apa pun yang terjadi, saya takkan sekali-kali memberi susu formula kepada anak sehinggalah berumur 2 tahun. 

Memang banyak halangan dan cabaran yang saya hadapi untuk fully breastfeeding.  Al maklumlah anak sulung, mana ada pengalaman untuk menjaga dan bergelar ibu. Sekarang baru faham macamana payahnya seorang ibu.. tapi seronok...

Selepas anak yang sulung lahir, banyak ujian Allah berikan pada saya.. Saya terpaksa berpantang di Hospital Ampang untuk memastikan Hafiz dapat rawatan yang secukupnya.. letih sangat, jangan di hitunglah... tapi terlalu banyak pengajaran dan pembelajaran yang saya dapat sepanjang di Hospital...

Di Hospital barulah tahu cara pam susu ibu yang tidak menyakitkan.. makanan yang baik dan bagus untuk ibu yang dalam berpantang...yelah..dulu tak kenal lagi shaklee...kenelah cari ikhtiar lain.. 

Tapi syukur Alhamdulillah, dengan ilmu penyusuan yang betul, doa dan semangat juang yang tinggi, saya berjaya juga fully breastfeed anak pertama, Hafiz Al Baddri sehingga berumur 2 tahun dalam segala kepayahan.

Untuk pengalaman menyusu anak kedua dan ketiga, sekarang ini adalah lebih mudah. Hafiz Al Fateh sekarang berumur setahun 2 bulan, dan masih fully breastfeed. Ditambah dengan bantuan supplemen SHAKLEE badan sentiasa rasa cergas, mudah menyusukan dan susu pun lebih banyak.

Syukur Alhamdulillah, setakat ini anak-anak kami semuanya sihat dan cerdas. Kalau demam atau selsema pun, tidak teruk dan cepat juga sembuh. Mudah-mudahan Allah terus memberikan nikmat kesihatan kepada kami sekeluarga.

Kalau saya tetap tak boleh menyusu, boleh ke terus bagi susu formula?

Untuk masalah ini, mari kita baca firman Allah seterusnya dalam ayat yang sama:-


“Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya.  

Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan." 
Surah Al-Baqarah, ayat 233

Dalam ayat ini, menunjukkan kalau ibu kandung ada masalah yang menyebabkan langsung tidak boleh menyusu, ibu boleh berhenti menyusukan sebelum bayi berumur 2 tahun. 

Tapi mestilah dikenalpasti dulu faktor kenapa ibu tu tak dapat menyusukan bayi. Kalau disebabkan tiada susu atau bayi tak mahu menyusu, perlulah dapatkan nasihat pakar terlebih dulu. Itu bukan ALASAN mudah untuk terus memberi susu formula.

Penyusuan perlukan ILMU. Jika cukup ilmu dan teknik yang betul, usaha yang gigih, InsyaAllah ibu pasti berjaya menyusukan bayi. 

Tapi kalau tak mahu menyusukan sebab nak JAGA KECANTIKAN atau MALAS dengan hal-hal susu ibu yang leceh, agak-agak kita ikut tak suruhan Allah dalam ayat yang mula-mula tadi tu? 

Melainkan si ibu menghadapi komplikasi kesihatan atau halangan yang betul-betul tak dapat dielakkan, barulah pergi kepada alternative IBU SUSUAN pula. 

Ini satu lagi ayat Al-Quran yang berkaitan ibu susuan:-

”Dan Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya”
Surah At-Thalaq, Ayat 6


Jadi susu badan tetap sepatutnya menjadi makanan utama bayi, bukannya susu formula atau makanan lain buatan manusia.

Dan kalau memang dah tiada ibu susuan yang dijumpai dalam dunia ni, mungkin barulah kita boleh fikirkan tentang susu formula. Hmmm..

Dan yakinlah, jika Allah dah perintahkan sesuatu, pasti dan pasti ada hikmah dan kebaikan yang Allah nak berikan kepada kita. Tugas kita berusaha yang terbaik untuk mentaati perintah Allah itu.

Breastfeeding bukan saja baik untuk bayi, tetapi juga kepada ibu yang menyusu itu sendiri.



Semoga entry ini dapat MEMBUKA HATI dan MINDA kita semua tentang kepentingan susu ibu seperti yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran. 

InsyaAllah, dalam entry yang lain Maria akan kongsikan ayat-ayat Al-Quran lain yang berkaitan dengan susu ibu. 

Thanks for reading! :)



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? Hubungi Pjah untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Siti Hafiza Jumat
Shaklee ID : 963716
sitihafiza79@gmail.com
019-3704802 (Call, SMS, WhatsApp, telegram)