Jumaat, 21 Februari 2014

APA ITU MUNTAH SUSU???

MUNTAH SUSU

            Apa itu muntah susu?
Apa yang menyebabkan masalah MUNTAH SUSU?

Menurut istilah perubatan pada masalah ini ialah berkaitan gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Namun begitu, Masalah Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi.  Lebih 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun kebiasaannya mengalami masalah ini.





Apa yang kita tahu dengan berkaitan BABY MUNTAH SUSU..


Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.




Apakah Gejala dan simtom2nya?


  • Keluar secara 'effortless'
  • Muntah terjadi sebaik minum susu
  • Muntah selepas sendawa
  • Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum

 baiklah di sini saya nak kongsikan beberapa tip untuk kurangkan muntah susu.

  1. Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu
  2. Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat
  3. Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu
  4. Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa
  5. Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur
  6. Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur
  7. Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.
  8. Periksa samada terdapat :
           - dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritas
           - Pastikan bayi tidak mengalami dihydrasi (kekurangan cecair badan) dengan memeriksa tanda-tanda dehidrasi seperti:
  1.  Lampin- sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasio 
  2. Periksa mulut: Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasio 
  3. Kulit : sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.

Perluke kita berjumpa doktor berkaitan masalah MUNTAH SUSU ini?

Kebanyakkannya akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi membesar secara normal. Walaubagaimanapun, ada segelintir dari bayi yang muntah terlalu banyak sehinggalah ia tidak membesar sebagaimana yang sepatutnya. Sekiranya muntahnya keterlaluan setiap kali menyusu, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

haha dan saya nak kongsikan sedikit  tip untuk menyusukan bayi yang biasa saya lakukan setiap kali saya nak susukan Hafiz Al Fateh..

Menyusu dengan kadar sedikit. Hadkan setiap susuan kurang dari 20 min sekiranya menyusu botol.
-Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang satu lagi. Jarakkan susuan sekurang-kurang 2 jam kerana perut mengambil masa 2 jam untuk kosong semula.
-Pakaikan lampin dengan lebih longgar
- Susukan bayi dalam keadaan tegak sedikit

dan banyak lagi tip atau kaedah yang boleh kita dapati daripada pengalaman dan maklumat-maklumat dalam internet juga buku.  Saya cuma berkongsi bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang masalah ini. Diharap semua enjoy dan mendapat manfaat atas coretan saya kali ini..

Bagi saya.. anak adalah anugerah dan amanah allah yang perlu kita belai dan jaga sepanjang masa.  Menyusukan adalah salah satu cara kita mengeratkan hubungan ISTIMEWA yang tidak dapat di beli dimana-mana..

Hargailah ia..Sayangilah ia...

Andalah orang yang paling BAHAGIA dan ISTIMEWA di sisi Allah kerana menyusukan anak anda...

krdt : google image