Khamis, 27 Februari 2014

[AJAIBNYA SEDEKAH]




Subhanallah...Allahu Akbar..

selamat tahun baru...moga dengan pertambahan tahun ini menambahkan lagi iman kita, lebih mendekatkan kita lagi dengan Allah yang Maha Pencipta...

Sempena tahun Baru ini marilah kita sama2 berhijrah untuk lebih dekat kan diri kepada Allah.. Dengan cara apa?? Banyak cara, banyak jalan, dan banyak kehandaknya...hari ni saya nak kongsikan salah satu cara paling mudah tapi payah untuk dilaksanakan..

Rasullullah SAW bersabda:  “Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang mendoakannya”  (Hadith Riwayat Muslim)

Ulamak fiqh telah mendefinisikan sedekah sebagai suatu pemberian yang diberikan seorang muslim kepada orang lain secara sukarela tanpa dibatasi waktu dan jumlah.  Ia juga merupakan satu pemberian yang diberikan seseorang dengan mengharapkan keredhaan Allah.  Bukan setakat perkara material sahaja kerana menolong orang dengan tenaga dan fikiran, mengajarkan ilmu juga disebut sedekah. 

Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah ayat 261: “ Berbandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma atau sedekah)ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungiseratus biji.  Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran)bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas rahmat kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui”

Allahu akbar... Ayat ini menjadi suntikan motivasi agar kita meningkatkan azam dan tindakan dengan memperbanyakkan derma yang dihulurkan...Jika sebelum ini kita menghulurkan, RM1.00 pada tabung masjid hari jumaat, maka selepasni bolehlah tambahkan menjadi RM10.00.  Semoga dengannya rezeki kita akan bertambah, kehidupan kita akan semakin berkat dan penuh kesejahteraan..

Teringat saya semasa saya praktikal di SMAJ. Sahabat saya didatangi oleh seorang pelajar tingkatan satu yang wajahnya sedikit sunggul.. bila diselidiki rupanya pelajar itu baru kehilangan wang..biasalah bila tinggal di asrama inilah masalah yang akan dihadapi oleh pelajar. Tanpa banyak soal sahabat saya pun menghulurkan RM50.00 dengan harapan dapat mengurangkan sedikit kesedihan dan dapat membantu pelajar tersebut untuk berbelanja untuk beberapa hari.  

Selang beberapa hari....Tanpa di duga, sebelum pulang di atas meja sahabat saya terdapat sampul surat yang berisi wang sejumlah RM200.00. Alangkah terkejutnya beliau...terdapat catatan yang di tinggalkan “TERIMA KASIH CIKGU, HADIAH DARI AYAH.. HARAP CIKGU TERIMA”.  Beliau cuba mencari pelajar tersebut tetapi Allah Maha Agung... tidak bertemu dengan pelajar tersebut..

Lihatlah betapa hebatnya kuasa sedekah dan Allah memberikan ganjarannya tanpa kita duga. Oleh itu...yakinlah dengan janji Allah akan melipat gandakan balasan diakhirat kelak.. Malah Rasulullah SAW sendiri menyatakan bahawa orang yang bersedekah adalah diantara penghuni Syurga..

Sesungguhnya orang yang rajin bersedekah akan mendapat beberapa keistimewaan:
  1. Menjadi benteng dari Api Neraka
  2. Memanjangkan umur dan mati dalam Khusnul Khatimah
  3. Menjadi penyembuh penyakit
  4. Menghapus dosa
  5. Didoakan oleh Malaikat
  6. Beroleh naungan Allah di Padang Mahsyar
  7. Menghilangkan kepanasan kubur
  8. PEMBUKA PINTU REZEKI
  9. Ganjaran pahala berlipat ganda sehingga 700kali
  10. Sebagai bukti keimanan
  11. Mendapat rahmat dan kasih sayang Allah

Oleh itu, marilah kita mempertingkatkan amalan bersedekah.  Banyak kisah manusia dermawan yang hebat kerana mereka memperhebatkan amalan sedekah.  Belum pernah berlaku dalam sejarah mereka yang hartawan lagi dermawan menjadi papa kedana akibat sifat pemurahnya.  Tetapi kita pernah mendengar insan yang bakhil lagi kedekut dengan harta jatuh tersungkur menjadi bankrapsi dan menanggung hutang..


MARILAH TINGKATKAN AMALAN SEDEKAH KITA DIJAUHKAN DARI KEPAPAAN..