Isnin, 2 Disember 2013

Rahsia Disebalik surah Al Fatihah



Assalamualaikum...
Sayup...bila dengar anak2 nyanyi lagu maksud Al fatihah rasa menyusuk dihati....walaupun celat2 nadanya...tapi ingatlah, jika anak2 kita mula belajar, berilah galakan sepenuhnya kerana memahami maksud Alfatihah besar ganjarannya....  di sini saya kongsikan sedikit rahsia disebalik kita beramal dengan surah Al Fatihah....
1.       Sesiapa yang membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwudhu’ sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air, dan air tersebut diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran yang rosak.
2.       Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal.
3.       Sesiapa yang berhajat (memohon sesuatu) kepada Allah SWT kemudian dia membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh selama 40 hari (tidak kurang) kemudian memohon kepada Allah SWT, Insyaallah Dia akan memenuhi keperluannya.
4.       Sesiapa membaca surah Al Fatihah diantara sunat Subuh dan solat fardu Subuh dengan Istiqomah maka jika ia menginginkan pangkat, terkabullah permohonannya dan kalau ia fakir maka akan jadi kaya dan inshaa allah jika punya hutang maka ia akan mampu untuk membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
5.       Sesiapa mengamalkan surah Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai solat fardu lima waktu maka Allah SWT akan meluaskan rezekinya, menjadikan baik akhlaknya, memudahkan urusannya, menghilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, dan apa yang ia angan-angankan, ia akan mendapatkan berbagai berkah, kebaikan dan kemuliaan, menjadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia beserta anak-anaknya akan terlindung dari kemudharatan, kerusakan serta dianugerahkan kebahagiaan dsbnya.
6.       Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selepas solat Subuh,maka ia menemukan apa yang di caridalam hidupnya. Boleh dengan diikutidengan doa : “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahasianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, baik urusan dunia maupun urusan akirat, agar diijabah permohonanku dan ditunaikan hajatku........amin........
7.       Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (sebelum subuh) sebanyak 41 kali maka Allah SWT akan membukakan pintu rezeki baginya dan Dia akan memudahkan urusannya tanpa payah dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya dapat berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ya allah dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, agar Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, karunia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku ya allah murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkah tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, ya allah sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, berikanlah apa yang kuhajati..
8.       Dan ketahuilah bahawa sesiapa yang membaca surah alfatihah sebanyak 7 kali dengan penuh khusyuk dan ditiupkan kepada tempat yang sakit.  In shaa Allah akan di berikan kesembuhan...waullahu A’lam...