Isnin, 25 November 2013

KeLuAr DaRi KepOmPoNg

Assalamualaikum semua..
mungkin apa yang aku nak kongsikan ini adalah suatu yang lazim korang dah dengar, dah tahu lebih daripada aku..tapi..aku masih kat sini...perasaan TAKUT menebal dalam diri aku, TAKUT nak mencuba benda yang baru, TAKUT gagal dan terus lingkup....
Sebenarnya perasaan takut memang akan ada dalam diri semua orang. Takut untuk memulakan langkah baru contohnya memulakan perniagaan, melakukan pelaburan dan perlbagai ketakutan yang menghentikan lankah pertama kita untuk membebaskan kita dari kesempitan wang. Terlalu banyak persoalan yang akan timbul jika mula berfikir untuk mengorak langkah berniaga...
antaranya mulalah kat kepala otak kita dok fikir takut perniagaan kita gagal, takut tiada pelanggan yang mahu beli hasil niaga kita, takut orang kata macam-macam yang boleh menurunkan semangat kita, takut tidak tahu cari pelanggan untuk beli barangan kita, takut berdepan dengan pelanggan dan beribu lagi alasan ketakutan yang dah bersarang dalam diri kita sebenarnya..
bak kata sifu aku..."kita ni sebenarnyua hidup dalam pulau alasan"...
aku tak kata orang lain.. aku sendiri alami perasaan yang sama dengan korang. Kalu korang nak tahu, kita sudah selesa dalam keadaan kita sekarang. Zon Selesa.
banyak fakta yang menunjukkan bahawa ekonomi kita ini akan berubah mengikut peredaran zaman, kalu dulu kita belanja sekolah 0.50 sen dah boleh beli nasi lemak, tapi...anak2 kita sekarang rm2 masih di katakan tak cukup...mmm parah... lagi parah kalu gaji kita tak berubah amaunnya..(kalu yang makan gajilaaa..)
ayuh... kita tukar persepsi pada perniagaan...cuba berenang tinggalkan pulau alasan..masih banyak lagi pulau harapan yang belum diterokai...aku ingatkan dapa diri sendiri, aku harus pergi jelajahi dunia yang baru, aku tak mahu hidup seperti katak dalam balang...
aku macam kura-kura yang cuba berlari dilautan dalam...lari sekuat hati....

Untuk berjaya kita perlu lawan segala jenis penyakit takut dan mengubah tabiat sedia ada.  Sememangnya mengubah tabiat sesuatu sedia ada sangat sukar dan memerlukan disiplin yang kuat dan pengorbanan yang tinggi.
contohnya, memulakan sesuatu yang baru seumpama kita dipenghujung tebing yang amat tinggi dan di hadapan kita adalah lautan untuk kita renang. Kita harus menghilangkan semua perasaan takut dan teruskan perjuangan untuk berjaya ...
Aku tak mahu hidup miskin didunia, mahukan lagi diakhirat sana. alangkah malangnya nasib jika miskin didunia dan juga papa diakhirat. nauzubillah... aku cuba terjun dalam lautan SHAKLEE...
Bermula ditahun hijrah 1345... Aku dah mula menjumpai sinar cahaya yang menyuluh perjalanan aku..Perniagaan ini yang membuatkan aku mendapat mentor dan kumpulan niaga yang lebih menjadikan aku dekatkan diri kepada ALLAH..
syukur Alhamdulillah....Semoga ALLAH memberkati aku dan kumpulan aku....