Ahad, 20 Oktober 2013

Sifat mahmudah

Ya Allah,
ABADIKAN HATI INI DENGAN SIFAT
MAHMUDAH(TERPUJI)


 Taubat . keazaman untuk meningalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu penyesalan dan untuk tidak mengulanginya.
Takut akan Allah s.w.t . Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan laranganNya
Mahabbah . Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan islam.
Zuhud.  Kehidupan insane Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.
Sabar  .  Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan.  Ia merangkumi sabar atas ketaatan dann juga sabar dalam menjauhi maksiat.
 Syukur .  Bersyukur kepada Allah s.w.t. atas nikmat kesihatan, rezeki, kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya.
 Ikhlas dan Benar  .  untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.
 Tawakal  . tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah s.w.t. setelah berazam.  Seterusnya diikuti dengan usaha.
Reda dengan Qada’ Allah .  Segala ketentuan Allah sama ada baik dan buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insane Mukmin.
Mengingati Mati . Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana.